Friday, 24 October 2014

Red Velvet Cheese Cupcake

Assalamualaikum semua!! Harap semua ceria-ceria selalu dan semoga sentiasa berada di dalam rahmat Allah swt. Bagi yang tengah sedih-sedih tu, ketahuilah setiap ujian yang diberikan bukanlah untuk membuatkan kita jauh dariNya, malah untuk kita kembali dekat dengan Dia..mungkin kita terleka dan terlalai seketika dari tujuan hidup kita yang sebenarnya di muka bumi ni sebagai ‘ABDUN SOLEH. Seharusnya yang kita kejar adalah akhirat dan syurganya sepanjang usia kita di dunia. Banyak sekali hadis yang menyebutkan tentang hinanya dunia dan barang dagangan Allah adalah sangat mahal iaitu berupa syurga. Bayangkanlah betapa rahmatnya Allah yang menyuruh hambaNya gadaikan dunia yang tidak bernilai ini, lebih hina dari sayap nyamuk untuk mendapatkan syurgaNya yang sangat mahal dan penuh kenikmatan. Sebab itulah, nabi mengingatkan supaya berhati-hati terhadap dunia ini.

Ok la, hari ni, saya nak kongsi resepi pertama untuk dinukilkan dalam blog ni..entah kenapa tiba-tiba je nak buat blog sedangkan saya ni bukannya jenis orang yang suka berkongsi cerita melalui tulisan. Mungkin sebab ramai kawan-kawan sering bertanya tentang resepi. jadi, bila dah ada blog,mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan..cehhh..tapi saya tak de la power sangat bab baking ni..It’s all based on my experiences through the process “try and error” and a little bit, I do research on this field dari baker2 yang terkenal dalam ataupun luar negara. (Saya budak baru belajar)..

So, resepi pertama adalah red velvet cheese cupcake..hee..kek ni saya buat untuk kawan saya yang melangsungkan hari bahagianya pada 24 Oktober lalu..tetiba rajin sangat nak buat kek as a present for her. For me, cake is the best gift for someone we love..hee..untuk waktu sekarang ni, orang yang saya sayang mestilah my twin, my parents and my friendsss..(xde insan teristimewa dalam hati saya lagi)..

Tanpa membuang waktu, mari kita tengok resepi red velvet yang sangat sedap ni..but actually, for me, to bake a perfect and delicious cake, instead of you need a very good recipe and ingredients, never forget that, it must come from the very bottom of your heart. Means, kena buat dengan seikhlas hati dan penuh minat. Percaya atau tidak, I did not follow the recipe to bake this cake. The recipe just only as a guidance for me..sukatan dia, saya main campak-campak je..believe me, tak de satu bahan yang digunakan pon saya sukat dengan tepat..as I said, main campak je..hehe..tapi, rasa dia sangat sedap dan the combination of the red velvet and cheese sangat perfect!!tak tipu..hee..btw, di bawah ni resepi yang saya dapat simpulkan from my baking activity last 2 nights with my loyal assistant niknur dibantu dengan yana and alina..

Red Velvet Cheese

Bahan-bahan kek

Bahan A (diayak 3x)
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko (setia dengan van houten dulu, kini dan selamanya)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan B
2 cawan butter
1 cawan gula kastor
3 biji telur gred C @ 2 biji telur gred B

Bahan C
1 cawan buttercream (susu segar + 1 sudu besar cuka dan biarkan 10 minit)
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna merah secukupnya

Cara-caranya:-
  1. Ayak semua bahan A sebanyak 3x. tiga kali ye..jangan malas!!
  2. Kemudian, pukul mentega sehingga mentega berwarna sedikit putih atau pudar warnanya dan masukkan gula kastor. Pukul sehingga gula sebati bersama mentega. Setelah itu, masukkan telur satu demi satu.
  3. Seterusnya, di dalam bahan B yang telah sebati dipukul, masukkan bahan A yang telah diayak sedikit demi sedikit diselang seli dengan buttercream sehingga habis.
  4. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan pewarna merah di dalam adunan. Pewarna merah tu depend pada jenama yang digunakan. Kalau pewarna tu pekat warnanya, letak sikit je. Ada je yang saya guna sampai setengah botol untuk dapatkan warna yang diinginkan.. hehe.. membaziaq.
  5. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 degree selama 15 minit

sedia untuk dibakar

Cream Cheese Frosting

Bahan-bahan:-
250 g cream cheese (saya setia dengan Tartura)
1 cawan non-dairy whipping cream (pengguna setia Gold Label)
½ cawan mentega
1 cawan gula icing

Cara-caranya:-

  1. Pertama-tama sekali, pukul whipping cream sehingga kental dan gebus. Pukul dalam keadaan high speed. Kalau saya guna gear 5 baru rasa kepuasan..hehe

 whipping cream yang telah dipukul
putih berseri!! 
    2-Kemudian, letak tepi whipping cream yang dah dipukul tadi. Di dalam bekas lain, pukul cream cheese, masukkan mentega, gula icing. Pukul bahan-bahan tersebut sehingga sebati especially gula icing tu..elakkan gula icing dari berketul-ketul sebab the best frosting yang gunakan gula icing adalah ofkos bila frosting tu rasa smooth je bila masuk mulut dan tak rasa ketulan-ketulan gula..(betul ke ayat ni??)hee..

Tips! Kalau rajin ayak la gula icing tu dulu ye..kalau saya, pemalas sikit..main bubuh je walaupun gula tu berketul-ketul disebabkan masuk angin..thats why la selalu buat tak jadi dan berakhir dengan penyesalan dan kekecewaan..haha..padan muka den..so, moral of the story, nak buat kek ni kena rajin sebenarnya dan kena halus jiwanya..

3- Kemudian masukkan whipping cream yang telah dipukul tadi dan pukul kesemua bahan sehingga sebati.
4- Cream cheese frosting ni lebih baik disimpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu minimum 2 jam atau lebih baik simpan semalaman dalam peti sejuk untuk mendapatkan texture yang cantik sebelum menhias kek.
5- Hias kek yang 100% telah sejuk mengikut kreativiti masing-masing!!hehe.. (selalu tu saya ni jenis tak menyabo orangnya..main hias je kek tu walaupun belum sejuk. Letak je frosting atas kek, dah cair..time tu la gabra nak letak dlm freezer..keh2..)


p/s:- jangan tiru aksi saya..hee

so, let us take a look the pictures that I have captured!!xde la cantik sangat sbb saya bukannya photographer..hee..

red velvet dalam oven..sangat gebus..
muka happy tengok kek gebu2 cam ni..hehe

cream cheese dalam pipping bag

rossette cream cheese..alhamdulillah..
finally berjaya buat cream cheese frosting ni ikut resepi sendiri..:)


i love this pict soooo much..look at the strawberry!!!!