Friday, 21 November 2014

Rendang Ayam Rembau



Assalamualaikum semua..

Semoga sentiasa sihat-sihat selalu dan berada di bawah lindungan kasih dan rahmat ilahi.. ketahuilah sesungguhnya rahmat Allah itu sungguh luas..janganlah kita berputus asa dari rahmatNya. Mohonlah keampunan kepada Allah atas segala dosa dan kesalahan kita yang lepas..seperti mana firman Allah taala dalam surah Muhammad ayat 19:

فاعلم أنه لا إله إلا الله واستغفر لذنبك
Ketahuilah sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mohonlah keampunan atas dosamu

Ketahuilah bahawa sebaik-baik pendosa adalah yang bertaubat.
Firman Allah taala:-

يا أيها الذين أمنوا توبوا الى الله توبة نسوحا
Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat

Semoga taubat kita semua diterima Allah..

Entry kali ni saya nak kongsi resepi rendang ayam rembau..resepi turun temurun yang diwarisi oleh Pn. Norizah a.k.a my mother..i can say that rendang ayam rembau by my mom is the best!! Kalau ada kenduri ke, ada pot luck, kawan-kawan mak mesti request rendang ayam plus pulut kuning..selalunya orang masak rendang time raya je..tapi mak la yang paling rajin buat rendang di hari2 biasa..kalau nak balik nilai tu selalu jugak la tapau bawak balik rendang ayam..hee..anak mak la katakan..;p

Jadinya, satu hari, saya tersangat lah rajin nak belajar cara-cara buat rendang ni..selalu tolong tumbuk bawang je..kali ni tolong mak dari A sampai Z..tak susah sebenranya nak buat rendang ni..Cuma kena rajin je la kan..nak perut kenyang, haruslah rajin kannn..tak gitu?


Ok la..ni bahan-bahan dan cara-cara nak buat rendang ayam rembau atau rondang ayam nogori..boleh je nak gantikan ayam dengan daging ke atau burung puyuh..memang marvelousss lah burung puyuh..i like!!hee..


Bahan-Bahan:-

1 ekor ayam
6 ulas bawang merah sederhana besar
1 buku bawang putih
2 inch halia
5 batang serai
Cili hidup*
Cili kering*
Kunyit hidup*
2 sudu besar rempah rendang
2 biji kelapa
Garam secukup rasa
*di blend




Cara-Cara:-


   1) Perkara pertama sekali yang harus dibuat adalah, tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia..mak kata tak perlu tumbuk hancur-hancur sangat.

   2) Kemudian, kecutkan ayam di dalam kuali yang telah dipanaskan.

  3) Seterusnya, masukkan  1 sudu kunyit hidup, 1 sudu cili hidup, 1 sudu cili kering dan bahan-bahan yang telah ditumbuk serta serai. Gaulkan kesemua bahan.
(bagi sesiapa yang suka pedas, boleh lebihkan cili hidup atau cili kering)

  4) Sementara itu, perah santan dan bahagikan santan kepada dua bahagian (pati dan yang bukan pati). Kemudian, masukkan santan yang bukan pati kedalam kuali.

   5)   Setelah itu, masukkan 2 sudu rempah rendang.
(rempah rendang ni adalah bahan utama..kalau tak de, tak jadi rondang nogori..available kat N.9 saje..selalu beli kat pasar tani rembau)

   6)   setelah rendang sedikit kering, masukkan pati santan dan garam secukup rasa.

  7) Akhir sekali, kacau dan tunggu rendang sehingga masak dan kering atau bila rendang telah mengeluarkan minyak.

   8)   Siap untuk dihidang untuk keluarga tersayang.


cili hidup yang telah siap di blend

masih mengekalkan cara tradisional untuk mengekalkan rasa
yang asli..
the first step


campakkan semuanya..hee..bawang,halia,cili,kunyit,
serai. n etc..

rempah rendang 2 sudu ye

masukkan santan


Selamat mencuba!!