Monday, 6 July 2015

Chocolate Cheese Layer Cake (Kukus)

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Apa khabar sahabat semua? Diharapkan sahabat semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah puasa, menggandakan amalan dan ibadah lebih-lebih lagi kita berada di 10 ramadan yang terakhir. marilah kita sama-sama rebut peluang untuk bertemu dengan satu malam yang sangat istimewa, LAILATUL QADR, malam yang lebih baik dari seribu malam, malam dimana diberikan pengampunan untuk dosa-dosa yang lalu.


Allah berfirman,:

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ. لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

“Tahukah kamu apa itu lailatul qadar? Lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Q.s. Al-Qadar:2–3)

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

  مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Siapa yang melakukan qiyamul lail di malam qadar maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lewat. (HR. Bukhari 1901 & Muslim 1817).

Maka, amat beruntunglah sesiapa yang dapat bertemu dengannya dan perbanyakkanlah doa ini:

   اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku.

boleh rujuk di link ini: http://www.konsultasisyariah.com/doa-ketika-lailatul-qadar/


Sebenarnya hati ni rindu nak ber'baking'. tapi apakan daya, masa tidak mengizinkan. Banyak commitment lain yang lebih utama. then, sempat tengok gambar-gambar kek yang lama. seronok je rasa tengok hasil tangan kita yang dah buat. kadang-kadang tu macam tak percaya, macam mana boleh buat semua tu eh?saya buat ke ni?hee..

jadinya, saya nak kongsi salah satu kek kegemaran saya iaitu CHOCOLATE CHEESE CAKE..tengok je mesti dah terliur..haha..kek ni istimewa sebab dia kukus yang membuatkan dia jadi sangat lembab dan lembut. rasa dia penuh kecoklatan..haha..sila baca 'full of chocolate'. memang sangat puas bagi peminat kek coklat. dan sudah tentunya saya guna serbuk koko jenama VAN HOUTEN ye kalau nak dapat kek coklat yang sedap. tapi terpulang la kalau suka jenama yang lain. ikut selera masing-masing.

gambar ni buat saya terliur!! sangat moist..


baiklah, ini resepi kek coklat keju

Resepi Kek Coklat:


Bahan-bahan

Bahan A (ayak 3x)

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sk baking powder & soda bikarbonat

Bahan B (cairkan di atas api kecil)

2 cawan mentega
1 3/4 cawan gula kastor
1 cawan susu segar

Bahan C

4 biji telur gred B
1 sk esen vanilla

Cara-Cara

1- Langkah pertama setiap kali nak buat kek mestilah ayak tepung. so, ayak kesemua bahan A sebanyak 3 kali

kek sebelum dihias

2- Di dalam periuk, atas api yang kecil, cairkan mentega, kemudian mauskkan gula dan seterusnya masukkan susu. tutup api, dan biarkan ia sejuk sebentar.
3- Sementara itu, asingkan telur kuning dan putih. Pukul telur putih, tak perlu kembang sangat.
4- Masukkan telur kuning ke dalam bekas adunan mentega, gula dan susu yang telah dicairkan tadi. kemudian masukkan telur putih dan kacau sehingga sebati.
5- Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi dan kacau sehingga sebati.
6- Masukkan sedikit esen vanilla.

 Resepi Lapisan Cheese:


Bahan-Bahan

250 g cream cheese
1 biji telur gred B
50 g gula kastor
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air
esen vanilla

Cara-Cara

         1- Putar cream cheese sehingga lembut
         2- Masukkan gula kastor kemudian masukkan telur. putar kesemua bahan sehingga sebati
         3- Masukkan tepung gandum, air dan esen vanilla. kacau sehingga sebati.

kemudian, bila dah ada kedua-dua adunan kek coklat dan cheese, bahagikan adunan kek coklat kepada dua dan kukus satu adunan kek coklat terlebih dahulu. seterusnya, setelah kek masak, masukkan adunan cheese dan setelah cheese masak, masukkan adunan kek coklat yang selebihnya.

Siap..dan boleh hias mengikut kreativiti masing-masing dengan chocolate ganache.

Masih ingat kek ni. siapkan kek ni, tempahan sari seorang kawan sehingga jam 3 pagi. tido je, hati berbunga riang dan tersenyum sebab kek berjaya disiapkan dengan jayanya


p/s: resepi kek ni mencecah seberat 1.4 kg, jadinya perlukan loyang kek yang lebih besar
cabaran buat kek lapis chocolate cheese ni adalah ambil masa yang lama terutamanya untuk lapisan yang ketiga. selalunya ambil masa 2-3 jam untuk masak sepenuhnya. boleh cuba cucuk dengan lidi untuk pastikan sama ada dah masak atau belum.tapi,  kadang-kadang nampak macam dah masak, sebenarnya belum masak lagi dan bila nak keluarkan kek, kek hancur. sebab tu saya tunggu lama sikit sampai puas hati dan rasa yakin kek betul-betul dah masak.

SELAMAT MENCUBA!!