Seandainya Majnun ditanya: 'Apakah bersatu dengan Laila
yang kamu inginkan, ataukah dunia dan seisinya?'
tentu ia menjawab: 'Debu di sandalnya lebih aku sukai
daripada duka kerana kehilangannya.'
Assalamualaikum teman-teman! Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan dari Allah swt.
Hari ni saja teringin nak buat kek pisang emas. Sebab 3 tahun lepas pernah mencuba buat kek pisang emas dan alhamdulillah menjadi dan sangat sedap. Tapi lepas tu pernah mencuba buat kek pisang tapi bukan menggunakan pisang emas. Rasa, warna kek lain dari seperti yang percubaan pertama. Dan sejak itu tau dah nakkan rasa dan texture macam tu mesti menggunakan pisang emas. Lain pisang, lain rasa kek nanti.
Nak dijadikan cerita, abah beli pisang cinonet kecik macam pisang emas. Dengan penuh pengharapan Ms Diamond mengharapkan akan jadi lah kek pisang emas yang saya inginkan. Malangnya, warna, texture dan rasa berbeza. Tapi tak adalah malang sangat sebab abah, mak dan adik kata sedap. Adik pula kata very recommended recipe! Kek Ms Diamond nampak gaya seperti international recipe katanya..hehe *bangga sikit.
Secara basic Ms Diamond rujuk blog kak ita masam manis untuk resepi kek pisang ni. Dan Ms Diamond sebagai penderhaka resepi tegar sewajibnya ubah sendiri dan main hentam saja guna barang yanga ada kat dapur je.
*sebaiknya jangan menderhaka kan..hehe
Ok lah, mari kita tengok resepi kek pisang ala international resepi versi Ms Diamond ye.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung
1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
3 biji telur gred A
7 biji pisang
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-Cara:
1. Panaskan oven dengan suhu 170 celcius selama 10 minit. Oleskan loyang kek dengan mentega dan ketepikan.
2. Ayak tepung bersama serbuk penaik sebanyak 3 kali
3. Pukul mentega, gula dan telur.
4. Masukkan pisang yang telah dilenyekkan ke dalam bekas adunan mentega, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Masukkan tepung yang telah di ayak dan gaul sehingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar kek selama 50 minit pada suhu 170 celcius atau sehingga kek masak.
* bila kek dah mula keperangan di bahagian atas, saya ubah suhu kepada 150 celcius
7. Kek siap dimasak dan sedia untuk dihidang.
*kek sedap di makan waktu panas atau lagi sedap di hidangkan dengan butter cream atau whipped cream atau ice cream. Yummyyyyy!!!:D