LAFAZ SELAWAT BADARIYAH ADALAH SEPERTI
BERIKUT:
صَلَاةُ
اللهِ سَلَامُ اللهِ عَلَى طَهَ رَسُولِ اللهِ
صَلَاةُ اللهِ سَلَامُ اللهِ عَلَى يس حَبِيبِ اللهِ
صَلَاةُ اللهِ سَلَامُ اللهِ عَلَى يس حَبِيبِ اللهِ
تَوَسَّلْنَا
بِبِسْمِ اللهِ وَباْلهَادِي رَسُولِ اللهِ
وَكُلِّ مُجَاهِدٍ فِي اللهِ بِأَهْلِ الْبَدْرِ يَا اللهُ
وَكُلِّ مُجَاهِدٍ فِي اللهِ بِأَهْلِ الْبَدْرِ يَا اللهُ
Shalawat Allah dan salam-Nya semoga tercurah
kepada Thaha Rasulullah,
Shalawat Allah dan salam-Nya semoga tercurah
kepada Yasin Habibillah,
Kami bertawassul dengan nama Allah dan dengan
pemberi petunjuk, Rasulullah,
Dan dengan seluruh orang yang berjihad di jalan Allah,
serta dengan ahli Badr, Ya Allah.
KEBENARAN YANG PERLU DISAMPAIKAN
Tidak disangkalkan lagi bahawa selawat badariyah
adalah antara selawat yang masyhur di tanah air kita. Selawat tersebut biasa
didengari dan dilantunkan oleh masyarakat kita tanpa mengira usia kerana
tertarik dengan nada alunan selawat tersebut. Namun, kebanyakan dari kita
tidak pernah mengkaji dan mengetahui maksud di sebalik selawat tersebut. Malah
yang lebih parah, sebahagian masyarakat menganggapnya adalah bahagian daripada
ibadah, mengharapkan pahala darinya. Tetapi hakikatnya, jika kita amati teks selawat tersebut, kita akan dapati
beberapa kesalahan di dalamnya.
Berikut adalah kesilapan di dalam teks selawat
badariyah:
KESILAPAN PERTAMA
Jika diamati, terdapat penafsiran kalimah طه dan
يس kepada Rasulullah ﷺ. Kedua kalimah tersebut merupakan huruf muqaththa’ah (huruf
yang dibaca terputus-putus).
Para ahli tafsir berbeza pendapat mengenai
huruf-huruf muqaththa’ah yang terdapat pada awal beberapa surah di dalam
al-Quran. Di antara mereka ada yang mengatakan, bahawa itu merupakan
huruf-huruf yang hanya Allah sendiri yang mengetahui maknanya. Jadi mereka
mengembalikan ilmu mengenai hal itu kepada Allah dengan tidak menafsirkannya.
Pendapat ini dinukil oleh al-Qurthubi dalam tafsirnya, dari Abu Bakar, ‘Umar,
‘Utsman, ‘Ali dan Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu.[1]
Syaikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa’di di dalam
kitab tafsirnya, تيسير الكريم الرحمن في تفسير كلام
المنان menyatakan, tidak terdapat
dalil yang jelas menyatakan bahawa kalimah طه dan يس adalah Rasulullah ﷺ.
KESILAPAN
KEDUA: PENGGUNAAN
KALIMAH ‘HABIB’
Nabi Muhammad ﷺ, tidak diragukan lagi adalah habibullah,
beliau mencintai Allah dan dicintai Allah, tetapi ada sebutan lain yang lebih
tinggi dari itu yaitu khalilullah. Rasulullah ﷺ adalah khalilullah, seperti yang beliau sallallahu ‘alaihi
wasallam sabdakan:
إِنَّ اللهَ اتَّخَذّنِي خّليلاً كَمَا
اتَّخَذَ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلاً
“Sesungguhnya
Allah telah menjadikanku seorang khalil seperti halnya Dia menjadikan Ibrahim
sebagai khalil.” (HR. Ibnu
Majah)
Maka dari itu, siapa
yang menyifatinya dengan habib saja, maka dia telah menurunkan beliau dari
martabatnya, karena sifat khalil lebih mulia dan lebih tinggi dari habib.
Setiap mukmin adalah kekasih Allah (habibullah), tetapi Rasulullah ﷺ berada pada martabat yang lebih tinggi dari itu,
yaitu khalil, karena Allah telah menjadikannya sebagai khalil (kekasih) seperti
Ibrahim. Maka dari itu kami katakan bahwa Muhammad adalah Khalilullah, karena
kata khalil mengandung di dalamnya kata habib, dan khalil puncak dari mahabbah.[2]
KESILAPAN
KETIGA: KESILAPAN
DI DALAM BERTAWASUL IAITU BERTAWASUL KEPADA RASULULLAH DAN PARA MUJAHIDIN
PEPERANGAN BADAR
Sebelum dijelaskan
kesilapan dalam bertawassul yang terdapat di dalam selawat ini, perlu kita
ketahui apa itu tawassul terlebih dahulu.
MAKSUD TAWASSUL
Tawassul berasal dari
perkataan arab iaitu (wasilah), yang bermaksud perantara.
Dan makna hakiki dari
wasilah kepada Allah adalah menggunakan sarana yang bisa mendekatkan diri
kepada Allah dengan ilmu dan akidah, dan mencari keutamaan syariat seperti
berkurban.[3]
Dengan erti kata lain, tawassul
ialah menjadikan sesuatu sebagai perantara di dalam berdoa atau menyampaikan
keinginan dan hajat. Kita tetap meminta kepada Allah, tetapi kita meletakkan
perantara di tengah.[4]
TAWASSUL
ADALAH IBADAH
Tawassul merupakan
salah satu jenis ibadah yang agung. Apabila seorang hamba benar-benar
menginginkan sesuatu yang bermanfaat untuknya di dunia dan di akhirat atau
ingin Allah mengangkat musibah yang tertimpa padanya, tawassul adalah salah
satu jenis ibadah yang di mana seandainya hamba tersebut melakukannya dan yakin
kepada Allah terhadap ijabah-Nya, Insya Allah, impian dan tujuan hamba tersebut
akan tercapai.
Justeru, apabila
seorang hamba melaksanakan sesuatu ibadah, dia wajib mengikuti panduan yang
telah ditetapkan oleh syariat agar ibadah tersebut diterima Allah dan
berbuahkan pahala. Saudaraku yang dirahmati Allah, syarat diterimanya sesuatu
ibadah adalah ikhlas dan mengikuti contoh dari Rasulullah (mutaba’ah). Tanpa
salah satu dari keduanya, ibadah yang dilakukan akan sia-sia. Hanya kepada
Allah kita memohon petunjuk.
Dan dalil untuk perkara
ini (ikhlas) adalah firman Allah mafhumnya:
“Padahal mereka tidak
disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya
dalam menjalankan agama yang lurus.” (Al-Bayyinah:5)
Dan maksud ayat tersebut seperti mana yang
dijelaskan dalam kitab tafsir al-muyassar ialah mereka diperintahkan dalam
seluruh syariat semata-mata untuk menyembah Allah dan mengharapkan redhaNya.
Adapaun dalil ittiba’ mengikuti contoh yang
diajarkan oleh Rasulullah adalah seperti berikut:
“Dan bahawa (yamg
Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan
janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan0jalan itu
mencerai beraikan kamu dari jalanNya.” (Al-An’am: 153)
Juga sabda Nabi ﷺ:
“Barangsiapa yang
mengada-adakan dalam urusan (agama) ini yang bukan berasal darinya (tidak
berpedoman padanya), maka hal itu tertolak.” (HR
Al-Bukhari)
Saudaraku seiman,
Rasulullah ﷺ ialah contoh panutan terbaik bagi kita dalam beribadah kepada
Allah, dan itulah salah satu tujuan Allah mengutus baginda untuk umatnya
tercinta iaitu mengajarkan kita cara beribadah yang benar dan diterima Allah.
Islam adalah agama Wahyu iaitu berpandukan al-Quran dan Sunnah. Islam datang
dengan syariat-Nya melalui lisan Rasulullah ﷺ mengajarkan kita al-Quran dan as-Sunnah
dan sudah pasti agama ini telah cukup sempurna sebelum Allah wafatkan Baginda ﷺ. Oleh itu, cukuplah dengan apa yang telah
diajarkan oleh Baginda tanpa kita perlu menokok tambah bertemankan hawa nafsu kita semata.
Berikut
adalah bentuk tawassul yang diajarkan oleh Baginda ﷺ:
TAWASSUL
YANG DIBENARKAN SYARIAT ADA TIGA:[5]
1.
BERTAWASSUL
DENGAN NAMA-NAMA ALLAH.
Dalilnya adalah firman
Allah:
وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى
فَادْعُوهُ بِهَا
“Dan Allah memiliki nama-nama yang indah, maka berdo’alah
kepada-Nya dengan nama-nama-Nya tersebut.” (Al-A’raf: 180)
Contoh
berdoa dengan nama Allah adalah kita meminta dengan lafaz:
“Ya
Ghaffar, ighfir li”-
Wahai yang Maha Pengampun, ampunilah aku. Iaitu dengan menyeru Nama
Allah terlebih dahulu;
“Ya Rahman, Ya Rahim, irhamni”- Wahai yang Maha Pemurah, wahai yang
Maha Pengasih, kasihanilah aku.
Nama-nama
Allah yang mulia tersebut diucapkan terlebih dahulu, untuk dijadikan sebagai
perantara untuk kita berdoa dan memohon atau meminta sesuatu daripada-Nya. Itu
salah satu kaedah tawassul yang syar’i.
2.
BERTAWASSUL DENGAN DOA ORANG SOLEH YANG
MASIH HIDUP.
Iaitu berjumpa
dengan orang-orang soleh yang amal ibadatnya bertepatan dengan Al-Quran dan
As-Sunnah, para ulama dan sesiapa sahaja orang soleh yang masih hidup dan
meminta orang yang sholeh itu mendoakan untuk kita.
Perkara ini
berlaku di dalam petunjuk Nabi ﷺ, di mana para sahabat meminta agar Nabi
berdoa. Adapun setelah kewafatan Nabi ﷺ, Umar Al-Khatthab radhiyallaahu’anhu pergi
bertemu dengan Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudara Nabi dengan Umar
menyatakan bahawasanya “Dulu ketika Nabi masih hidup, kami bertawassul dengan
Nabi. Sekarang apabila Nabi telah tiada, orang yang paling mulia di kalangan
kami adalah kamu, wahai Abbas. Maka berdoalah kamu untuk kami.” (lihat Sahih
Bukhari)
Peristiwa
ini terjadi ketika Madinah dilanda kemarau panjang. Umar meminta Abbas
radhiyallaahu’anhu berdoa dan Abbas radhiyallaahu’anhu pun berdoa. Tidak lama
setelah itu, Allah pun menurunkan hujan kepada mereka.
Kisah kedua
tentang bolehkan bertawassul dengan doa orang yang soleh adalah peristiwa Uwais
Al-Qarni. Nabi ﷺ
tidak pernah berjumpa dengannya dan dia pun tidak pernah bertemu Nabi ﷺ. Tetapi Nabi ﷺ menceritakan tentang keberadaan dan
kewujudannya. Nabi menceritakan tentang ciri-cirinya kepada para sahabat. Nabi
menyuruh kepada sahabat, sekiranya bertemu dengan Uwais, mintalah agar dia
berdoa. Maka setiap tahun pada musim haji para sahabat mencari Uwais bin Amir
Al-Qarni melalui kabilah yang datang dari Yaman untuk mengerjakan haji.
عَنْ
أُسَيْرِ بْنِ جَابِرٍ، قَالَ: كَانَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ إِذَا أَتَى عَلَيْهِ
أَمْدَادُ أَهْلِ الْيَمَنِ، سَأَلَهُمْ: أَفِيكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ؟ حَتَّى
أَتَى عَلَى أُوَيْسٍ، فَقَالَ: أَنْتَ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ:
مِنْ مُرَادٍ ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَكَانَ بِكَ بَرَصٌ فَبَرَأْتَ
مِنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ دِرْهَمٍ؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: لَكَ وَالِدَةٌ؟ قَالَ: نَعَمْ،
قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: (( يَأْتِي
عَلَيْكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ مَعَ أَمْدَادِ أَهْلِ الْيَمَنِ مِنْ مُرَادٍ، ثُمَّ
مِنْ قَرَنٍ، كَانَ بِهِ بَرَصٌ فَبَرَأَ مِنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ دِرْهَمٍ، لَهُ وَالِدَةٌ
هُوَ بِهَا بَرٌّ، لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ، فَإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ
يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ)) فَاسْتَغْفِرْ لِي، فَاسْتَغْفَرَ لَهُ.
Dari
Usair bin Jabir ia berkata: Umar bin al-Khatthab jika datang sepasukan dari
Yaman akan berkata: ‘Apakah di antara kalian ada Uwais bin Amir’? (Demikian
seterusnya) sampai datang Uwais. Beliau bertanya: ‘Apakah engkau Uwais bin Amir’?
Dia menjawab: Ya. Umar bertanya: ‘dari Murod, kemudian ke Qoron’? Dia berkata:
Ya. Umar bertanya: ‘Apakah engkau dulu memiliki penyakit (semacam) kusta
kemudian sembuh, kecuali sebesar dirham’? Dia berkata: Ya. Umar bertanya: ‘Apakah
engkau memiliki ibu’? Dia berkata: Ya. Umar berkata: Aku mendengar Rasulullah
shallallaahu’alaihiwasallam bersabda: ((Akan datang kepada kalian Uwais bin
Amir bersama sepasukan penduduk Yaman dari Murod kemudian Qoron, dulunya dia
memiliki penyakit (semacam) kusta kemudian dia sembuh, kecuali sebesar dirham,
dia memiliki ibu yang dia berbakti kepadanya. Kalau dia bersumpah atas nama
Allah, nescaya Allah perkenankan. Jika engkau bisa meminta agar dia memohon
ampunan untukmu, lakukanlah.)) Maka (wahai Uwais) mohonkan ampun untukku.
Kemudian Uwais memohonkan ampunan untuk Umar. (riwayat Muslim)
Dalam
riwayat lain, Nabi memerintahkan kepada para sahabat secara umum: “perintahkanlah
dia agar beristighfar untuk kalian.”
عَنْ
عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ: إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَقُولُ: ((إِنَّ خَيْرَ التَّابِعِينَ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ أُوَيْسٌ، وَلَهُ
وَالِدَةٌ، وَكَانَ بِهِ بَيَاضٌ، فَمُرُوهُ فَلْيَسْتَغْفِرْ لَكُمْ)).
Dari
Umar bin al-Khatthab beliau berkata, “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah
shallallaahu’alaihiwasallam bersabda, Sesungguhnya sebaik-baik tabi’in adalah
seorang laki-laki yang disebut Uwais, dia memiliki ibu dan dia memiliki tanda
putih. Maka perintahkanlah dia agar beristighfar untuk kalian.” (riwayat
Muslim)
Bertawassul
dengan doa orang yang soleh yang masih hidup, itu yang diajar oleh Nabi ﷺ. Dan cara bertawassul dengan orang saleh yang masih hidup
adalah melalui doanya, bukan melalui jasadnya.
Syaikhul
Islam Ibnu Taimiyah menyatakan:
“Adapun yang dimaksud tawasul dengan
Nabi ﷺ
dalam perkataan para sahabat radhiyallaahu’anhum adalah bertawasul dengan
doa dan syafaat Nabi. Adapun tawasul dengan doa dan syafaat sebagaimana
yang dilakukan ‘Umar adalah bertawasul dengan doa, bukan bertawasul dengan
zat Rasulullah ﷺ.
Seandainya itu merupakan tawasul dengan zat beliau, maka tentu bertawasul
kepada Nabi ﷺ
lebih utama daripada dengan ‘Abbas radhiyallaahu’anhu. Ketika mereka berpaling
dari bertawasul dengan Rasulullah ﷺ, namun mereka bertawasul dengan ‘Abbas,
maka dari sini kita ketahui bahawa bertawasul dengan Nabi ﷺ hanya berlaku ketika baginda masih hidup
dan terlarang setelah wafatnya baginda.”
Nota:
Maka, bertawassul yang terdapat dia dalam selawat badariyah tersebut adalah
tawassul yang dilarang kerana ia membawa maksud kita bertawassul dengan
Rasulullah ﷺ dan para mujahidin peperangan badar yang
telah wafat. Oleh yang demikian, sepatutnya kita lebih berwaspada dan meneliti
sesuatu alunan selawat yang dilantunkan agar ianya tidak melanggari aturan yang
telah ditetapkan dalam syariat yang secara tidak langsung boleh mendatangkan
murka Allah. Dan Rasulullah ﷺ semasa hayatnya
juga tidak pernah mengajarkan selawat dengan lafaz-lafaz demikian. Begitu juga
para sahabat yang mengikuti jejak langkah Baginda ﷺ Radhiyallahu’anhum
ajma’in tidak pernah berselawat dengan lafaz-lafaz tersebut. Lau kana khoiran
lasabaquna ilaihi!. Seandainya ia (ibadah) tersebut sesuatu yang baik (sesuai syariat)
sudah pasti para sahabat yang mulia telah mendahului kita dalam
melaksanakannya. Moga Allah memberi kita semua hidayah.
3.
BERTAWASSUL DENGAN AMALAN SOLEH.
Iaitu
bertawassul dengan amal soleh yang pernah kita lakukan. Hal ini sebagaimana yang
disabdakan oleh Rasulullah ﷺ tentang tiga orang yang telah terperangkap
di dalam sebuah gua. Ketiga-tiga mereka bertawassul dengan amal soleh mereka
ketika memohon pertolongan daripada Allah untuk diselamatkan daripada musibah
tersebut.
Dari Ibn Umar radiyallahu 'anhuma katanya: Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Ada tiga orang dari orang-orang sebelum kalian berangkat berpergian. Suatu saat mereka terpaksa bermalam di suatu gua kemudian mereka pun memasukinya. Tiba-tiba jatuhlah sebuah batu besar dari gunug lalu menutup gua itu sedangkan mereka di dalamnya. Mereka berkata bahawasanya tidak ada yang dapat menyelamatkan mereka semua dari batu besar tersebut kecuali jika mereka semua berdoa kepada Allah Ta’ala dengan menyebutkan amalan baik mereka.”
Salah seorang dari mereka berkata, “Ya Allah, aku mempunyai dua orang tua yang sudah sepuh dan lanjut usia. Dan aku tidak pernah memberi minum susu (di malam hari) kepada siapa pun sebelum memberi minum kepada keduanya. Aku lebih mendahulukan mereka berdua daripada keluarga dan budakku (hartaku). Kemudian pada suatu hari, aku mencari kayu di tempat yang jauh. Ketika aku pulang ternyata mereka berdua telah terlelap tidur. Aku pun memerah susu dan aku dapati mereka sudah tertidur pulas. Aku pun enggan memberikan minuman tersebut kepada keluarga atau pun budakku. Seterusnya aku menunggu hingga mereka bangun dan ternyata mereka barulah bangun ketika Shubuh, dan gelas minuman itu masih terus di tanganku. Selanjutnya setelah keduanya bangun lalu mereka meminum minuman tersebut. Ya Allah, jikalau aku mengerjakan sedemikian itu dengan niat benar-benar mengharapkan wajah-Mu, maka lepaskanlah kesukaran yang sedang kami hadapi dari batu besar yang menutupi kami ini.” Batu besar itu tiba-tiba terbuka sedikit, namun mereka masih belum dapat keluar dari gua.
“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, lantas orang yang lain pun berdo’a, “Ya Allah, dahulu ada puteri bapa saudaraku yang aku sangat menyukainya. Aku pun sangat menginginkannya. Namun ia menolak cintaku. Hingga berlalu beberapa tahun, ia mendatangiku (karena sedang butuh wang). Aku pun memberinya 120 dinar. Namun pemberian itu dengan syarat ia mahu tidur denganku (alias: berzina). Dia pun menyetujuinya. Sampai ketika aku ingin menyetubuhinya, keluarlah dari lisannya, “Tidak halal bagimu membuka cincin kecuali dengan cara yang benar (maksudnya: barulah halal dengan nikah, bukan zina).” Aku pun langsung tercengang terkejut dan pergi meninggalkannya padahal dialah yang paling kucintai. Aku pun meninggalkan emas (dinar) yang telah kuberikan untuknya. Ya Allah, jikalau aku mengerjakan sedemikian itu dengan niat benar-benar mengharapkan wajah-Mu, maka lepaskanlah kesukaran yang sedang kami hadapi dari batu besar yang menutupi kami ini.” Batu besar itu tiba-tiba terbuka lagi, namun mereka masih belum dapat keluar dari gua.
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, lantas orang ketiga berdo’a, “Ya Allah, aku dahulu pernah mengupah beberapa pekerja lantas aku memberikan gaji pada mereka. Namun ada satu yang tertinggal yang tidak aku beri. Malah wangnya aku kembangkan hingga menjadi harta melimpah. Suatu saat ia pun mendatangiku. Dia pun berkata padaku, “Wahai hamba Allah, bagaimana dengan upahku yang dulu?” Aku pun berkata padanya bahwa setiap yang ia lihat itulah hasil upahnya dahulu (yang telah dikembangkan), yaitu ada unta, sapi, kambing dan budak. Ia pun berkata, “Wahai hamba Allah, janganlah engkau bercanda.” Aku pun menjawab bahwa aku tidak sedang bercanda padanya. Aku lantas mengambil semua harta tersebut dan menyerahkan padanya tanpa tersisa sedikit pun. Ya Allah, jikalau aku mengerjakan sedemikian itu dengan niat benar-benar mengharapkan wajah-Mu, maka lepaskanlah kesukaran yang sedang kami hadapi dari batu besar yang menutupi kami ini”. Lantas gua yang tertutup sebelumnya pun terbuka, mereka keluar dan berjalan. (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 2272 dan Muslim no. 2743) [6]
p/s: untuk perbahasan lanjut mengenai tawassul, buku yang sangat disarankan untuk dibaca dan ditela'ah untuk difahami isinya adalah buku yang bertajuk SAHIH TAWASSUL karya Syeikh Nasiruddin Al-Albani dan Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Uthaimeen yang diterjemahkan kedalam bahsa dan diterbitkan oleh AkbarMedia, Indonesia. InsyaAllah, buku ini menjelaskan dengan komprehensif tentang tawassul agar kita memahami tawassul yang sebenar sesuai dengan syariat.

PENUTUP
Saudaraku
yang dirahmati Allah, andai kita memang benar mencintai dan merindui Rasulullah
ﷺ ,
antara cara terbaik untuk kita merawat rindu tersebut adalah dengan mengikuti
petunjuknya dalam setiap ibadah yang kita laksanakan. Kajilah agama ini
berpandukan fahaman yang benar iaitu mengikuti fahaman para sahabat dan para
salafus soleh yang telah mendahului kita. Cukuplah bagi kita dengan berselawat
kepadanya sepertimana yang diajarkannya berdasarkan dalil-dalil yang sahih agar
kita terlepas dari sebarang kekeliruan terutamanya dalam soal akidah dan ibadah.
Antaranya
sebagai lafaz berikut:
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
“Ya Allah, berikanlah selawat kepada Muhammad dan keluarga
Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada keluarga Ibrahim,
sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkahilah Muhammad dan
keluarga Muhammad sebagaimana Engkau memberkahi keluarga Ibrahim, sesungguhnya
Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR. al-Bukhari)
Tambahan
pula, antara lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan
dalil-dalil yang sahih adalah:
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
“Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke
atas keluarganya.”
(HR. An-Nasae’i: 1292, sahih)
Hanya kepada
Allah kita memohon petunjuk dan Taufiq-Nya.
Waallahu 'Alam.
[1] Ibnu
Katsir, Ismail bin Umar, Tafsir a-lQuran a-‘Azhim, ad-Dar al’Alamiyyah,
J.1, m/s 128.
[2] https://konsultasisyariah.com/10450-nabi-muhammad-itu-khalilullah-atau-habibullah.html
[3] Muhammad
Nashiruddin al-Albani & Muhammad bin Shalih al-Utsaimin. Shahih Tawassul.
Akbarmedia,Jakarta. m/s 8-9
[4]https://ustazfathulbari.wordpress.com/2013/02/15/tawassul-yang-disyariatkan-dan-tawassul-yang-dilarang/
[5]
Ibid
[6] https://rumaysho.com/3390-kisah-tiga-orang-yang-tertutup-batu-dalam-goa.html
Rujuk juga: http://www.abuanasmadani.com/selawat-ke-atas-nabi-saw-kelebihan-lafaz-yang-sahih/
Love,
Ummu 'Afif Liyana,
Melaka.
Love,
Ummu 'Afif Liyana,
Melaka.