Tatkala kecantikan jagad raya ini muncul,
ia menghadap ke arahku dan berseru: "Kemarilah!"
aku berpura-pura buta, seolah tidak bisa melihatnya
setelah aku mengetahui tujuan dalam diriku
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Apa khabar semua? Semoga semuanya dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan semestinya agar dapat melaksanakan ibadah dan kewajiban kita sebagai hambaNya dengan lebih sempurna. Kalau ada yang tengah sakit tu, semoga tabah dan sabar dalam menjalani ujian dariNya. Setiap kesulitan dan kesakitan yang Allah berikan itu adalah untuk menguji tahap keimanan, kesabaran serta keyakinan seorang hamba kepada Rabbnya juga sebagai kaffarah yang bisa menghapuskan dosa-dosa akibat dari kelalaian seorang hamba dari mengigati Penciptanya.
Sudah tiga minggu semester 8 bermula. Kebanyakan sahabat-sahabat se'batch' lain telah keluar untuk menjalani kehidupan baru iaitu alam pekerjaan. Kami student shariah and law masih setia bersama USIM dan FSU yang tercinta untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. Semoga saya dan sahabat-sahabat sentiasa berada di atas landasan dan niat yang benar dalam menuntut ilmu. Kunci kejayaan adalah, IKHLAS terhadap ILMU dan HORMAT para pensyarah adalah perkara yang paling penting sebagai penuntut ilmu.
Sebenarnya tak ada idea nak kongsi resepi yang mana satu out of my "cakes collections"..hee..so far, banyak dah mencuba pelbagai resepi tapi tak sempat nak share dengan sahabat-sahabat. Maklumlah, busy sebagai student especially it is not easy to be a law student. Masih ingat lagi salah seorang pensyarah saya pernah beritahu yang law student ni sepatutnya tidak mempunyai banyak masa. Must do so many readings. Ya, I agree with her. Tapi, as for me, I really thankful because I got so many leisure time to spend it a litlle bit to bake and increase my religious knowledge with my housemates as our daily routine. Not so many things that I can do for my DEEN and the only one that I able to do is, prepare myself with ILM.
So, I decided to share EGG TARTS's recipe. First time buat time cuti sem yang lepas. Resepi ni saya refer blog kak ita masam manis.
Lets take a looks guys!
EGG TART
Bahan Pastry:
390g tepung gandum
170g mentega
50g gula icing
1 biji telur gred C
1sk esen vanila
Cara-Cara:
- Gaulkan mentega dan gula icing sehingga sebati
- Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul rata kedua-dua bahan tersebut
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi dough
- Tekapkan dough ke dalam acuan tart (boleh didapati di kedai menjual alat bakery dalam pelbagai saiz dan bentuk)
- Bakar selama 10 minit pada suhu 180 degree
Bahan Tart Telur:
1 tin susu cair F&N
1 cawan air suam
1/3 cawan gula (kalau suka manis tambah lebih gula)
1sk esen vanila
4 biji telur gred A
pewarna kuning
1 cawan air suam
1/3 cawan gula (kalau suka manis tambah lebih gula)
1sk esen vanila
4 biji telur gred A
pewarna kuning
Cara-Cara:
- Kacau gula dan air suam sehingga larut.
- Setelah gula hancur dan air telah sejuk masukkan semua bahan lain dan kacau sehuingga semua bahan sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam pastry yang telah tadi.
- Bakar selama 20 minit pada suhu 180 degree.
- Siap dihidang enak dimakan!
No comments:
Post a Comment