Pembicaraan yang tak jemu untuk didengar datang menyapa,
susunan kata dalam kalimatnya begitu memikat hati kita,
apabila jiwa teringat padanya maka hilanglah keletihan
bahkan kegelapan pun hilang dari dalam hati yang kelelahan.
Assalamualaikum teman-teman! Semoga teman semua berada dalam keadaan sihat sejahtera, sihat badan, jasmani dan juga rohani. Bulan syawal pun tidak lama lagi akan berakhir. lagi beberapa hari sahaja lagi. pada yang masih belum menghabiskan puasa enam, masih lagi berkesempatan untuk menyempurnakan amalan sunnah ini. tak kurang juga masih ada yang masih dalam "mood" raya kan? masih lagi menerima jemputan rumah terbuka dan ziarah-menziarahi sanak saudara dan shabat handai. semoga uhkuwah terbina sesama kita berkekalan. aamiin..
Seperti tahun-tahun sebelum ni, bulan syawal memang sangat rancak MS Diamond buat kek. maklumlah, untuk memeriahkan dan menceriakan suasana hari raya dengan kehadiran kek-kek yang sangat menarik dan lazat. salah satu kek yang istimewa pada syawal kali ini adalah GREEN VELVET CHEESE MARBLE BROWNIE. panjang namanya..hehe..resepi ni Ms Diamond ambil atau lebih tepat "copy" & "paste" dari salah seorang blogger masakan yang Ms Diamond kagumi dan jadikan sebagai rujukan iaitu SYAPEX KITCHEN.
Ms Diamond tertarik nak buat kek ni disebabkan inginkan kelainan sebab selalu sangat dah buat brownie dan red velvet. jadinya, nakkan kelainan sikit la. tu yang berani nak mencuba walaupun masih tidak ada kekuatan nak mencuba resepi baru dari internet. risikonya amat besar untuk tidak jadi. tapi, alhamdulillah, hasilnya menjadi dan sedap. apa yang Ms Diamond katakan green velvet cheese brownie ni memang sedap dan tepat bagi sesiapa yang inginkan kelainan terutama sekali bagi "cheese lover" di luar sana.
panjang pulak membebelnya, almaklumlah, lama tak update share resepi..hehe..jom lah kita tengok resepi kek yang sedap ni. secara 'basic' saya ambil dari SYAPEX KITCHEN dan Ms Diamond olah sedikit resepi untuk rujukan sahabat semua.
Green Velvet Cheese Marble Brownies
Bahan-Bahan
125g + 1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
60g mentega
80g gula kastor (resepi asal 100g)
1 biji telur saiz A
120ml susu segar
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil pewarna hijau (boleh tambahkan ikut kepekatan warna yang diinginkan)
1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder
Cara-Cara
- Panaskan oven dengan suhu 170C selama 10 minit terlebih dahulu.Alas loyang dengan paper sheet, biarkan kertas melebihi loyang supaya senang untuk mengeluarkan kek nanti.
- Satukan susu segar dan lemon. Biarkan selama 5 minit.
- Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
- Dalam mangkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul sehingga sebati. Kemudian, masukkan gula dan esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
- Satukan susu segar, pewarna hijau dan coklat emulco. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan susu dan tepung secara bergilir-gilir dalam adunan mentega.
- Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, dan kemudian masukkan ke dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 4 sudu besar adunan untuk buat marble
- Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan boleh sediakan lapisan cheese.
Bahan-Bahan Lapisan Cheese
250g cream cheese
1/2 cawan gula kastor. (resepi asal 3/4 cawan)
1 biji telur gred B
Cara-Cara
- Pukul cream cheese hingga gebu
- Masukkan gula dan pukul hingga sebati
- Selepas 30 minit, keluarkan brownie dari oven dan tuangkan cream cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownie di atas lapisan cheese dan lorekkan. Masukkan ke dalam oven dan bakar sekali lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Love,
Miss Diamond,
Pandan Indah.
No comments:
Post a Comment