Sunday, 25 December 2016

Cream Puff


Bila aku memang harus merindu, 
maka adalah suatu kelemahan merindukan yang tidak indah,
sekiranya apa yang aku kerjakan hanya untuk kehidupan dunia,
maka sebagian dari apa yang ada padaku ini sudahlah cukup,
Akan tetapi aku bekerja untuk kerajaan abadi,
betapa menyesalnya aku jika tidak dapat bertemu denganNya.




Assalamualaikum teman-teman! Semoga sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah. Hari ni Ms Diamond teringin nak kongsi resepi cream puff. Sejujurnya, Ms Diamond takut nak mencuba buat kali kedua cream puff ni sebab cubaan pertama gagal. Tapi, alhamdulillah kali ni menjadi dan ianya berhasil adalah kerana ilmu dan pengalaman. Sebelum nak mencuba sesuatu resepi, harus buat kajian sedikit, rajin-rajinkan diri untuk membaca pelbagai resepi dan tips. Kalau tak rajin, boleh la cuba resepi yang Ms Diamond dah cuba ni. :)


Bahan-Bahan Puff


1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder

1 1/2 cawan air 
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
6 sudu besar mentega

3 biji telur

Cara-Cara:

  1. Ayak tepung dan baking powder (3x) 
  2. Di dalam kuali dengan api yang besar, masukkan air, gula, garam dan mentega. Masak hingga mendidih.
  3. Kecilkan api, masukkan tepung yang telah di ayak dan kacau sehingga adunan menjadi pekat.
  4. Setelah pekat, tutup api dan biarkan selama 5 minit.
  5. Sementara adunan tepung masih panas atau suam, masukkan telur satu per satu dan kacau rata. Adunan likat dan licin tandanya adunannya jadi ye.
  6. Griskan loyang dengan mentega. Kemudian, masukkan adunan di dalam piping bag. Gunakan nozzel roses 1M atau 2D atau seangkatan dengannya untuk paipkan adunan.
  7. Bakar selama 30 minit pada suhu 170 degree. Pastikan oven tu dah siap dipanaskan terlebih dahulu ye. Jangan malas!!
  8. Belah tengah puff yang dah di masak dan biarkan sejuk sebelum di isi dengan filling yang lazat.





P/s: * Puff yang jadi bila mana kita belah tengah puff tu dia ada rongga atau ruang kosong untuk kita isi cream nanti.
* Untuk dapatkan puff yang ada rongga pon penting semasa kita pipekan adunan. Kalau boleh pipekan adunan tinggi sedikit. Kalau pipe renek2 ni takut puff naik tak gebu dan mampat.
* Bila puff dah masak, seeloknya terlebih dahulu kita biarkan seketika di dalam oven. Ini bagi yang takut puff leper bila keluar dari oven ye. Bagi yang dah confident puff dia jadi boleh la terus bawak keluar.. hehe


Ok, sekarang ni kita sediakan filling untuk puff kita pulak. Boleh buat cream custard atau nak senang guna fresh cream/ whipping cream ja. Ms Diamond suka yang fresh cream lagi sebab boleh variasikan dengan pelbagai perisa. Blueberry, coklat, peanut dan macam-macam lagi. Sedapppp!!!

Bahan-Bahan Custard:


2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar full cream
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla (tak nak letak pon ngak apa2 sih)

Cara-Cara:


  1. Di atas api yang kecil, masukkan semua bahan di dalam periuk kecuali mentega dan esen vanilla
  2. Kacau sehingga adunan kastard menjadi pekat.
  3. Tutup api dan mauskkan mentega dan esen vanilla dan kacau rata.
  4. Masukkan kastard dalam piping bag.
  5. Boleh pipekan kastard ke dalam puff yang telah di belah tengah tadi.
  6. Siap!!

P/s: Untuk fresh cream tak perlulah ms diamond bagi tau cara-caranya di sini. Senang je kan?
Then, nak variasikan fresh cream tu boleh gabungkan fresh cream dengan fillings perisa coklat, bluenerry, peanut atau perisa yang awak suka la. Senang kannn???


Ok, sekarang jom jamu mata dengan gambar-gambar creampuff yang membangkitkan selera dan mood kerajinan kawan-kawan pun terus 'on' untuk cuba resepi ni. hehe







 




A box of cream puff with cream custard filling.



Selamat Mencuba dan Jangan Putus Asa!



Love,

Ms. Diamond, 

Pandan Indah.

No comments:

Post a Comment