Wanita,
kau bisa jadi fitnah terbesar buat sang pria,
juga bisa jadi sebaik-baik perhiasan di dunia yang diciptakan Sang Pencipta,
Usahalah untuk menjadi yang kedua,
Berbekalkan ketegasan dan kelembutanmu,
Pasti engkau lebih mulia dari bidadari syurga.
Buat
sahabat-sahabat muslimah, tanyakan pada diri kita wanita seperti apakah yang
kita ingin bentuk diri kita? Setiap dari kita pastinya ingin menjadi wanita
terhormat, dipandang mulia dan disanjung tinggi. Ingin menjadi wanita yang
berkedudukan, berpendidikan tinggi, memberi manfaat kepada masyarakat dan lain-lain
lagi. Di sebalik impian yang ‘gah’ itu, setiap wanita juga tidak lari dari
mengimpikan untuk menjadi wanita solehah setidak-tidaknya buat suami tercinta,
ibu yang baik buat anak-anaknya disamping tidak lupa untuk menjadi anak yang
berbakti buat kedua orang tua. Tapi, sudahkah kita berilmu tentang seperti apa
wanita solehah itu? Seperti mana acuan, begitulah kuihnya. Wanita muslimah harus
mempersiapkan diri dengan ilmu agar tidak tersalah memilih acuan atau ‘model’
ikutan dalam perjalanan membentuk diri menjadi sosok wanita solehah yang
nantinya menjadi ketua bidadari di syurga.
Syarat
wanita untuk ke syurga adalah sangat mudah seperti yang disebut oleh nabi
sallallahu ‘alaihi wasallam mafhumnya:
“Apabila seorang wanita
itu melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga maruahnya
dan taat kepada perintah suaminya (dalam hal yang ma’ruf), maka dia boleh
memasuki syurga mengikut pintu yang mana ia suka.”-
HR Ahmad.
Namun,
wanita solehah tidak hanya berdiam dengan hanya melakukan yang wajib. Ditambah
lagi dengan peringatan nabi kita bahawa ternyata lebih banyak wanita yang
menjadi penghuni neraka. Justeru, penting buat sahabat muslimah untuk
memperhatikan ibadah sunnah lainnya di samping menjaga ibadah yang wajib. Hal
ini kerana Allah ta’ala berfirman di dalam hadis qudsi dari Abu Hurairah
radiyallahu ‘anhu, ia berkata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda mafhumnya:
“Sesungguhnya Allâh
Azza wa Jalla berfirman, ’Barangsiapa memusuhi wali-Ku, sungguh Aku mengumumkan
perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan sesuatu yang
lebih Aku cintai daripada hal-hal yang Aku wajibkan kepadanya. Hamba-Ku tidak
henti-hentinya mendekat kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah hingga Aku
mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang ia
gunakan untuk mendengar, menjadi penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat,
menjadi tangannya yang ia gunakan untuk berbuat, dan menjadi kakinya yang ia
gunakan untuk berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku, Aku pasti memberinya. Dan
jika ia meminta perlindungan kepadaku, Aku pasti melindunginya.’”
– HR Bukhari, No. 6502.
Cinta
Allah yang seharusnya para wanita raih terlebih dahulu, baru kemudian menyusul
cinta yang lainnya. Bila cinta Allah telah kita dapatkan, cinta kepada
pasangan, anak-anak dan lain-lain akan datang sesuai dengan cinta Allah kepada
kita, insyaAllah. Justeru sahabat sekalian, dekatkan diri kita kepada Pencipta
dengan amalan-amalan sunnah, seperti menjaga solat sunat rawatib, solat dhuha,
tahajjud, puasa-puasa sunnah isnin khamis, membaca al-quran atau amalan-amalan lainnya yang sesuai dengan
syariat yang dibawakan oleh nabi kita. Semua ini dilaksanakan dalam rangka
untuk kita tetap taat kepada Dia Yang Maha Esa.
Pentingkah
amalan-amalan sunnah? Ya, sangat penting! Ia adalah salah satu langkah untuk
kita tetap pertahankan ketaatan kita kepada Rabb kerana iman itu terkadang
meningkat terkadang menurun. Tatkala iman sedang meningkat, alhamdulillah,
dipermudahkan buat kita untuk memperbanyakkan amal soleh, dan di saat iman
berkurang, walau kita dalam keadaan futur, jika kita meninggalkan amalan sunnah
yang kita amalkan, setidaknya kita masih memperhatikan dan menjaga yang wajib.
Sebaliknya, jika kita hanya bergantung kepada amalan wajib sahaja, kemungkinan
akan terjadi kita meninggalkannya saat berkurangnya iman. Nau’zubillahi min
zalik!
Selain
itu sahabat sekalian, jangan biarkan hari-harimu kosong tanpa ilmu kerana
menuntut ilmu adalah jalan pintas menuju syurgaNya. Di dalam hadis nabi yang
mulia disebutkan mafhumnya:
“Barangsiapa yang
menempuh jalan menuntut ilmu, dimudahkan Allah jalan baginya menuju ke syurga.”-
Hadith Sahih Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Hibban.
Menuntut
ilmu adalah jalan pintas menuju ke syurga yang seharusnya wanita muslimah tidak
ketinggalan dalam merebut peluang dan kesempatan yang ditawarkan. Yang paling
utama tentunya menghadiri majlis-majlis ilmu. Ketahuilah sahabat sekalian,
majlis ilmu mempunyai keutamaan yang sangat besar. Antaranya, majlis-majlis
ilmu diibaratkan taman-taman syurga seperti sabda kekasih kita sallallahu ‘alaihi
wasallam:
“Apabila kalian
berjalan melewati taman-taman syurga, maka duduklah bersama mereka. Para
sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman
syurga itu?’ Beliau sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “majlis-majlis ilmu.”
– Hadith Hasan Riwayat at-Tirmizi, No. 3510 & Ahmad, III/150.
Selain
itu, disebutkan juga di dalam hadis nabi bahawa turunnya rahmat Allah di dalam
majlis-majlis ilmu. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda mafhumnya:
“Tidaklah sekelompok
orang duduk di suatu tempat untuk berdzikir kepada Allah ‘azza wa jalla
melainkan para malaikat akan meliputi mereka, rahmat menyelimuti mereka,
ketenangan turun kepada mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan
para malaikat yang ada di sisi-Nya.” - HR. Muslim, No. 2700.
Namun,
sekiranya tidak berkesempatan seperti keterbatasan waktu, terdapat banyak
alternatif lain agar hati kita sentiasa terpaut dengan majlis-majlis ilmu. Di
zaman sekarang yang serba moden dan canggih, banyak kajian-kajian di ‘youtube’,
ada juga kajian ‘live’ yang boleh di ‘access’ dengan internet. Muslimah harus
bijak memanfaatkan jalan yang ada dalam menuntut ilmu. Gantikan ‘playlist’
dalam ‘phone’ atau radio di kereta kita dengan rakaman-rakaman kuliah atau
ayat-ayat suci Al-Quran untuk kita dengarkan saat pergi dan pulang kerja. Itu
lebih bermanfaat dan berpahala insyaAllah. Sebagai muslimah yang baik, kita
harus tahu bagaimana untuk memanfaatkan hari-hari kita agar tetap dalam redha
dan rahmatNya. Tinggalkanlah perkara-perkara yang rendah, hina dan sia-sia. Pesan
nabi yang satu ini harus kita ingat sentiasa. Dari Abu Hurairah radhiallahunhu
dia berkata, Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :
“Merupakan tanda
baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.” –
HR
Ahmad, No. 1737.
Selain
itu, muslimah harus akrab dengan kitab-kitab/buku-buku yang dapat menambahkan
ilmu seterusnya meningkatkan takwa dirinya sebagai seorang muslimah. Ilmu apa
yang harus kita utamakan dan tekankan? Yang terpenting semestinya ilmu tentang
Allah, kuatkan akidah dan tauhid kita terlebih dahulu. Tanyakan diri kita sudah
sejauh mana kita mengenal Rabb pencipta kita? Berlimu yang benar soal akidah
sangat penting untuk nantinya kita mengenal perkara-perkara yang dapat
menjerumuskan kepada syirik sama ada syirik besar mahupun kecil. Sudahkah kita mengenal siapa Tuhan yang kita sembah? Tuhan yang sangat indah dan sangat baik kepada kita.
Seterusnya, ilmu fardhu ‘ain. Tentang solat dan puasa terutamanya, adakah sudah benar mengikuti nabi? Nabi sallallahu 'alaihi wasallam memberi pesan mafhumnya:
Seterusnya, ilmu fardhu ‘ain. Tentang solat dan puasa terutamanya, adakah sudah benar mengikuti nabi? Nabi sallallahu 'alaihi wasallam memberi pesan mafhumnya:
Kedua-dua ilmu tentang Allah dan ilmu fardhu ‘ain ini sangat penting buat muslimah. Bukan
sekadar buat diri sendiri, malah buat generasi yang akan datang apabila seorang
wanita muslimah itu diberikan kurnia oleh Allah untuk menjadi seorang ibu.
Sudah kita maklumi bahawa ibu merupakan ‘madrasatul
ula’ (sekolah pertama) buat
anak-anaknya. Telah banyak sejarah terlukis di mana orang-orang hebat,
ulama-ulama besar lahir dari didikan seorang ibu yang merupakan sosok wanita
muslimah yang hebat. Antaranya, ibunda Imam As-Syafie, Imam As-Sudais, ibunda Ibnul Mubarak (rahimahumullah) dan lain-lain. Sahabat sekalian harus menjadi sosok wanita yang besar
jiwanya agar nanti lahirlah generasi yang juga mempunyai jiwa yang besar,
memberi manfaat buat agama.
Seterusnya,
penting juga buat wanita untuk mempelajari ilmu mengenai fikh wanita. Perbahasan
tentang hukum-hukum khusus buat wanita seperti haidh, adab berpakaian dan
pergaulan, ilmu tentang rumah tangga dan lain-lain. Tetaplah menjaga kehormatan diri sebagai muslimah tak kira di mana kita berada dan dalam keadaan apa sekali pun. Bacalah , fahami dan hayati pesan atau wasiat Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wasallam buat wanita terutamanya peringatan beliau tentang
fitnah wanita. Antaranya sabda nabi sallallahu 'alaihi wasallam:
Apabila seorang wanita itu mempunyai ilmu tentang Rabbnya, mereka akan dilindungi dan tidak akan menjadi fitnah terbesar buat kaum lelaki malah menjadi sebaik-baik perhiasan di muka bumi ini, insyaAllah.
“Aku tidak meninggalkan
satu fitnah pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita.”
- HR. Bukhari, No. 5096 & Muslim, No. 2740
“Sesungguhnya dunia ini
begitu manis nan hijau. Dan Allah mempercayakan kalian untuk mengurusinya,
Allah ingin melihat bagaimana perbuatan kalian. Karenanya jauhilah fitnah dunia
dan jauhilah fitnah wanita, sebab sesungguhnya fitnah pertama kali di kalangan
Bani Israil adalah masalah wanita” - HR. Muslim, No. 2742.
Akhir
kata, jadilah wanita solehah yang taat dan berilmu, wanita yang dicintai Allah!
Kerana ketaatan dan ilmu adalah perisai ampuh yang melindungi maruah wanita
muslimah.
Wallahu 'alam.
Love,
Intan
Mohammadi,
Pandan
Indah.