Layaknya
pandangan mata nabi Ya’qub yang terbebas dari kebutaan
kerana
mencium aroma baju nabi Yusuf,
seorang
pendosa juga akan terbuka mata hatinya
ketika
mencium aroma Ramadan.
Tidak
lama lagi, umat islam akan bertemu dengan bulan yang mulia iaitu Ramadan. Bulan
yang penuh rahmat dan bulan pengampunan. Di bulan ini bukan sahaja syaitan
dibelenggu, malah pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Rasulullah
sallalahu ‘alaihi wasallam bersabda mafhumnya:
“Pada malam pertama Ramadan
setan-setan dan jin yang ingkar dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tiada
satu pun pintu yang terbuka da nada penyeru yang berseru, ‘Wahai pencari
kebaikan, kemarilah. Wahai pencuri keburukan, kembalilah.’ “ –
HR Tirmidzi, No. 682. Dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam kitab Sahih
Al-Jami’.
Ramadan
adalah tetamu yang mulia buat orang beriman. Dan selayaknya orang-orang beriman
untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan bulan ini. Rasulullah
sallalahu ‘alaihi wasallam bersabda mafhumnya:
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan
Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala (dari Allah) maka diampuni dosanya
yang telah lalu.” – Muttafaq ‘alaihi.
Justeru,
bagaimana kita harus bersikap atau bagaimana kita mempersiapkan diri untuk
menyambut kedatangan Ramadan? Berikut adalah beberapa perkara yang harus kita
lakukan jika kita benar-benar ingin menyambut bulan mulia ini dengan penuh
keimanan seterusnya mengharapkan pahala dari Allah Ta’ala.
Persiapan
Menyambut Ramadan
Memperbaharui
Taubat
Kewajipan
pertama untuk persiapan Ramadan adalah taubat. Semoga kita dikurniakan Allah
taubat nasuha agar Dia redha kepada kita. Sesungguhnya taubat itu adalah
kewajipan buat muslim di setiap masa. Taubat di sini mencakupi skop yang luas
lebih dari yang kita fahami selama ini di mana ia mencakup taubat zahir dan
batin. Antaranya adalah taubat dari bentuk kehidupan yang kita jalani saat ini, taubat dari menyia-nyiakan waktu dan taubat dari sifat malas, taubat dari
pola fikir kita miliki serta taubat hati dan taubat dari panjang
angan-angan.
Melatih
Diri Untuk Enggan Kepada Kemaksiatan
Secara
fitrah, hati manusia membenci kemaksiatan. Tetapi sebagaimana diketahui fitrah
boleh berubah-ubah. Oleh yang demikian, sebelum tibanya Ramadan, kita harus
berusaha untuk mengembalikan fitrah ini kedalam hati bila ia telah hilang atau
memperkuatnya bila telah melemah.
Tekad
yang Tinggi Diimbangi Dengan Amal Nyata
Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda mafhumnya:
“Sekiranya keimanan itu ada di bintang
soraya, tentu banyak yang bisa menggapainya.” – Muttafaqun ‘alaihi
Ibnul
Qoyyim rahumahullah berkata, “Memperoleh kedudukan tertinggi berkaitan erat
dengan tekad yang tinggi dan niat yang benar.” Berbicara itu mudah,
seringkali kita terpedaya oleh angan-angan. Tetapi, bilakah kita mampu
memberikan amal nyata? Seharusnya waktu-waktu seperti ini, waktu menghampirinya
Ramadan, kita wujudkan latihan untuk memperkuatkan tekad agar kita memasuki
bulan mulia tersebut dengan tekad yang tinggi.
Dikisahkan
bahawa Abu Muslim Al-Khaulani menggantung cemeti di masjid rumahnya unutk mendidik
jiwanya, Ketika kakinya enggan unutk berdiri, ia memukulnya dengan cemeti
tersebut lalu berkata, “Berdirilah, demi Allah aku akan menarikmu kuat-kuat.
Kerana keletihan itu datang darimu (kaki), bukan dariku.”
Abu
Darda’ berkata kepada Shubaih, “Wahai Shubaih, biasakanlah dirimu dengan ibadah.
Ibadah itu mempunyai kebiasaan, bahawasanya tidak ada di atas bumi ini sesuatu
yang merasa keberatan menjalankan ibadah selain orang kafir.”
Ya,
seharusnya kita membuat persiapan sebenar-benarnya; persiapan praktis sebelum
Ramadan datang. Harus ada latihan-latihan untuk memperkuat tekad. Sebagai
contoh, persiapkanlah satu malam sebagai malam sujud. Habiskanlah malam itu
untuk sujud yang panjang disertai ketundukan, tangisan, rasa harap dan takut.
Persiapkan pula satu malam untuk membaca dan mengulang-ulang satu ayat saja,
menangis dan merenungkannya sampai pagi.
Mohonlah
pertolongan kepada Allah Ta’ala, jangan kita lemah. Ketahuilah bahawa
kemenangan itu datang bersama kesabaran, kebahagiaan itu ada bersama kesulitan,
bahawasanya setelah kesukaran ada kemudahan.
Rujukan:
Panduan Lengkap Ibadah Ramadhan, Muhammad Husain Ya’qub, 2009, Insan Kamil.
Link review buku boleh baca di sini PANDUAN LENGKAP IBADAH RAMADHAN
Wallahu
‘Alam,
Semoga
bertemu di ‘entry’ berikutnya jika diizinkan Allah.
Love,
Intan
Mohammadi,
Rembau,
Negeri Sembilan.