(Tadabbur
Surah Saba’ Ayat 34-39)
Tafsir
Ibnu Katsir, Pustaka Imam Syafie.
"...kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu
ditiupkan padanya ruh
dan diperintahkan untuk ditetapkan empat perkara,
yaitu
rezekinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya."
(HR Bukhari & Muslim)
Allah
Tabaraka wa Ta’ala mengabarkan tentang orang-orang yang hidup mewah dari para
pendusta,
“Dan mereka berkata: ‘Kami lebih
banyak mempunyai harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak
akan di adzab.” – Saba’; 35
Iaitu,
mereka menyombongkan diri dengan banyaknya harta dan anak, serta mereka
berkeyakinan bahawa hal tersebut sebagai bukti Allah mencintai dan
memperhatikan mereka. Mereka pula berkeyakinan bahawa Dia tidak mungkin
memberikan semua ini di dunia, kemudian menyiksanya di akhirat kelak. Sungguh
amat jauh apa yang mereka sangkakan tersebut. Tentang hal ini, Allah berfirman;
“Dan janganlah harta benda dan
anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki akan mengadzab
mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka
dalam keadaan kafir.” – At-Taubah; 55
Ayat
seterusnya Allah mengabarkan bahawa Dialah yang memberikan harta kepada sesiapa
yang Dia kehendaki dan memberikan kefakiran kepada sesiapa yang Dia kehendaki
yang Dia senangi mahupun tidak senangi.
Kemudian
Allah menekankan di ayat seterusnya bahawa harta dan anak yang banyak bukanlah
suatu bukti tentang kecintaan dan perhatian Allah kepada mereka.
“Dan sesekali bukanlah harta dan bukan
pula anak-anakmu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikit pun…” –
Saba’;37
Imam
Ahmad rahimahullah berkata dari Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu, bahawa
rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda;
“Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak
memandang pada rupa dan harta kalian. Akan tetapi Dia hanya memandang kepada
hati dan amal-amal kalian.” – HR Muslim dan Ibnu Majah
Untuk
itu, Allah Ta’ala berfirman;
“…tetapi orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal-amal soleh…” – Saba’;37
Iaitu,
sekali-kali yang dapat mendekatkan diri kalian di sisi Kami adalah keimanan dan
amal soleh.
Seterusnya,
sekali lagi Allah menegaskan bahawa Dia melapangkan rezeki sesuai dengan
kebijaksanaanNya, Dia melapangkan rezeki yang banyak kepada seseorang
menyempitkannya pula kepada orang lain dan amagt menekan rezekiNya kepada orang
lain pula. Semua itu pasti mengandung hikmah yang taj dapat diketahui oleh
selainNya. Sebagaimana Allah berfirman;
“Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan
sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain. Dan pasti kehidupan
akhirat lebih tinggi tingkatnyadan lebih besar keutamaannya.”
– Al-Israa’;21
Iaitu
sebagaimana mereka bertingkat-tingkat di dunia, yang satu sangat fakir dan
sempit, sedangkan satu lagi sangat kaya raya, maka begitu pula mereka di
akhirat, yang satu di kamar-kamar lagi berada di tempat yang tinggi dan yang
lain berada di tempat yang paling terendah di dalam Neraka. Dan sebaik-baik
manusia sebagaiman yang disabdakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam;
“Sungguh amat beruntung orang yang
beragama Islam, diberikan rezeki cukup, dan dikurnai rasa puas (qana’ah) oleh
Allah dengan apa yang didapatkannya.” (HR Muslim)
Wallahu 'Alam
Semoga beroleh manfaat!
Love,
Intan
Mohammadi
Rembau, Negeri
Sembilan.