Friday, 15 March 2019

Anak dan Harta Yang Banyak, Tanda Allah Cinta?



(Tadabbur Surah Saba’ Ayat 34-39)
Tafsir Ibnu Katsir, Pustaka Imam Syafie.



"...kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh 
dan diperintahkan untuk ditetapkan empat perkara, 
yaitu rezekinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya." 
(HR Bukhari & Muslim)





Allah Tabaraka wa Ta’ala mengabarkan tentang orang-orang yang hidup mewah dari para pendusta,

“Dan mereka berkata: ‘Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak akan di adzab.” – Saba’; 35

Iaitu, mereka menyombongkan diri dengan banyaknya harta dan anak, serta mereka berkeyakinan bahawa hal tersebut sebagai bukti Allah mencintai dan memperhatikan mereka. Mereka pula berkeyakinan bahawa Dia tidak mungkin memberikan semua ini di dunia, kemudian menyiksanya di akhirat kelak. Sungguh amat jauh apa yang mereka sangkakan tersebut. Tentang hal ini, Allah berfirman;

“Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki akan mengadzab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka dalam keadaan kafir.” – At-Taubah; 55




Ayat seterusnya Allah mengabarkan bahawa Dialah yang memberikan harta kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan kefakiran kepada sesiapa yang Dia kehendaki yang Dia senangi mahupun tidak senangi.

Kemudian Allah menekankan di ayat seterusnya bahawa harta dan anak yang banyak bukanlah suatu bukti tentang kecintaan dan perhatian Allah kepada mereka.

“Dan sesekali bukanlah harta dan bukan pula anak-anakmu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikit pun…” – Saba’;37

Imam Ahmad rahimahullah berkata dari Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu, bahawa rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda;

“Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak memandang pada rupa dan harta kalian. Akan tetapi Dia hanya memandang kepada hati dan amal-amal kalian.” – HR Muslim dan Ibnu Majah

Untuk itu, Allah Ta’ala berfirman;

“…tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh…” – Saba’;37

Iaitu, sekali-kali yang dapat mendekatkan diri kalian di sisi Kami adalah keimanan dan amal soleh.




Seterusnya, sekali lagi Allah menegaskan bahawa Dia melapangkan rezeki sesuai dengan kebijaksanaanNya, Dia melapangkan rezeki yang banyak kepada seseorang menyempitkannya pula kepada orang lain dan amagt menekan rezekiNya kepada orang lain pula. Semua itu pasti mengandung hikmah yang taj dapat diketahui oleh selainNya. Sebagaimana Allah berfirman;

“Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain. Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnyadan lebih besar keutamaannya.” – Al-Israa’;21




Iaitu sebagaimana mereka bertingkat-tingkat di dunia, yang satu sangat fakir dan sempit, sedangkan satu lagi sangat kaya raya, maka begitu pula mereka di akhirat, yang satu di kamar-kamar lagi berada di tempat yang tinggi dan yang lain berada di tempat yang paling terendah di dalam Neraka. Dan sebaik-baik manusia sebagaiman yang disabdakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam;

“Sungguh amat beruntung orang yang beragama Islam, diberikan rezeki cukup, dan dikurnai rasa puas (qana’ah) oleh Allah dengan apa yang didapatkannya.” (HR Muslim) 


Wallahu 'Alam 
Semoga beroleh manfaat!




Love,
Intan Mohammadi
Rembau, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment