Tenang Jangan Panik
Berjalan Jangan Berlari
Berzikir Jangan Bernyanyi
Assalamualaikum kawan-kawan.
Lama sungguh ms diamond tak kongsi apa-apa, tak berceloteh membebel sendiri di blog. Post terakhir adalah pada 15 Mac 2019, setahun lalu. Kalau dulu, di sini lah tempat ms diamond 'melepak'. Kebanyakannya post tentang resepi, buku dan kehidupan. Sekarang nak 'melepak' di sini pun dah tak ada waktu juga. Alang-alang sekarang tengah perintah berkurung di rumah disebabkan Covid-19, banyak waktu terluang dapatlah luangkan waktu mengisi coretan di blog yang dah lama bersawang ni. Hehe.
Apa pun, semoga Malaysia kembali sihat! Kawan-kawan jaga diri, jangan keluar rumah tanpa keperluan dan paling penting jaga kebersihan. Disebabkan perintah berkurung di rumah, kedai-kedai tak bukak, kena lah masak sendiri. Jadinya, waktu yang tepat untuk kawan-kawan cuba resepi ni. Tauhu Ayam Crispy. Resepi ni dikongsikan oleh jiran lama ms diamond ketika di kl dahulu. Orangnya sangat baik, pandai masak dan suka berkongsi dengan kami. Dulu selalu sahaja kami bertukar pinggan. Semoga Allah merahmatinya sekeluarga. Aamiin.
Tauhu kering
Ayam bahagian dada
1 batang carrot saiz sederhana
1 biji telur
Daun Sup
Garam
Cara-cara
1. Gunting bahagian tengah tauhu untuk keluarkan isi tauhu. Keluarkan isi tauhu dan asingkan di dalam satu bekas.
3. Potong dadu ayam. Carrot pula boleh potong dadu atau hiris. Hiris juga daun sup.
4. Blend ayam dan isi tauhu.
5. Di dalam satu mangkuk, campurkan/adunkan bahan blend tadi bersama carrot daun sup, dan telur, perasakan dengan garam.
7. Goreng dengan api yang perlahan sehinga keperang-perangan.
8. Siap, hidangkan bersama sambal kicap!
Selamat Mencuba!
Love,
Ms Diamond
Rembau
No comments:
Post a Comment