Tatkala kecantikan jagad raya ini muncul,
Ia menghadap ke arahku dan berseru: "Kemarilah!"
Aku berpura-pura buta, seolah tidak bisa melihatnya,
Setelah aku mengetahui tujuan dalam diriku.
Kesudahan Dari Sebuah Kesabaran.
Aku membaca surah Yusuf, aku terkagum-kagum dengan pujian terhadap Nabi Yusuf atas kesabarannya dan penjabaran kisah beliau kepada manusia, dan ditinggikan darjat beliau dikeranakan meninggalkan apa yang telah beliau tinggalkan.
Aku pun merenungkan rahsia perkara ini. Ternyata itu terletak pada sikap menyelisihi hawa nafsu yang tidak dia suka.
Aku pun mengatakan, duhai sungguh menakjubkan! Sekiranya Yusuf memperturutkan hawa nafsunya, apa jadinya diri Yusuf? Namun kala beliau menentang hawa nafsunya, maka itu menjadi suatu perkara yang sangat agung. Kesabaran Yusuf pun dijadikan permisalan. Dan itu semua terwujud hanya dengan kesabaran sesaat. Sungguh, betapa mulia dan bangga bila engkau bisa menguasai dirimu saat engkau mau bersabar menahan diri dari orang yang engkau cintai, padahal dia dekat denganmu!
Maka dari itu perhatikanlah semoga Allah merahmatimu, kesudahan dari sabar dan juga kesudahan dari memperturutkan hawa nafsu! Orang yang berakal adalah yang mampu membezakan antara dua hal ini; antara dua hal yang manis dan dua hal yang pahit. Barangsiapa yang memperbaiki timbangannya, dan anak neraca nafsunya tidak lebih berat, maka dia akan melihat semua keberuntungan ada dalam kesabaran, dan kerugian yang paling besar ada dalam memperturutkan hawa nafsu.
Dan cukuplah ini menjadi nasihat bagi orang yang berakal untuk menentang hawa nafsu! Dan Allah yang memberi bimbingan taufik.
- petikan dari kitab Shaidul Khathir, Ibnul Jauzi.
........................................................................
Assalamualaikum sahabat semuanya. Semoga Allah merahmati sahabat sekalian, dipermudahkan urusan serta dilimpahkan kebaikan yang banyak dari Allah 'azza wa jalla.
Kali ni Ms Diamond nak kongsi resepi CHEESE TART kegemaran ramai. Alhamdulillah, cheese tart ni ada peminat setia yang selalu 'repeat' order sejak Ms Diamond mula buat dulu-dulu zaman belajar di USIM dulu. Dan boleh dikatakan memang 'berhantu' juga la cheese tart ni. Ada yang tak berapa minat cheese tart pun, mula jatuh cinta. Sama macam Ms Diamond jugak dulu, tak berapa minat cheese, tapi bila dah rasa, terus jatuh cinta dan sekarang boleh dikatakan memang peminat tegar cheese. :)
Resepi cheese tart ni Ms Diamond rujuk
blog kak ita masam manis. Ada cara 'step by step' nak buat cheese tart ni. Sangat berguna untuk 'beginner'. Semoga Allah memberkati kak ita yang sudi 'share' resepi.
Jom kita tengok resepi!
Bahan pastry
290g tepung gandum
170g butter
50g gula icing
1 biji telur gred C
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-caranya:-
1. Gaul butter dan gula sehingga sebati dengan menggunakan spatula atau senduk apa-apa je.
2. Kemudian, masukkan telur dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Setelah itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaulkan tepung bersama adunan tadi sehingga menjadi dough.
4. Akhir sekali, tekapkan dough tadi ke dalam acuan dan bakar pada suhu 150 degree selama 10 minit.
1. Gaul butter dan gula sehingga sebati dengan menggunakan spatula atau senduk apa-apa je.
2. Kemudian, masukkan telur dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Setelah itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaulkan tepung bersama adunan tadi sehingga menjadi dough.
4. Akhir sekali, tekapkan dough tadi ke dalam acuan dan bakar pada suhu 150 degree selama 10 minit.
Caution! kadang-kadang Ms Diamond tak ikut sangat sukatan tepung tu semua sebab ia bergantung pada texture dough yang kita nak..ada masa buat kena lebihkan tepung, ad masa ikut sukatan yang betul dan ada masa kena kurangkan pulak. Dari segi texture dough, Ms Diamond tak suka lembut sangat dan keras sangat..sedang-sedang je..
Tips! Kalau tengok style baker yang lain, diaorang selalu cucuk dough dalam
acuan tu dengan lidi. Katanya nak bagi pastry tu mudah keluar dari acuan lepas
dah dibakar..tapi Ms Diamond tak buat pon. Dulu-dulu susah jugak nak keluar sampai
kena ketuk sekuat hati..hee..tapi lama-lama, dengan pengalaman, mudah je. Alhamdulillah, sekarang dah tak ada masalah untuk keluarkan crust. Jadinya sahabat-sahabat tak perlu sedih ye kalau ada saat crust tu keras semacam.
Cream cheese
250g cream cheese
50g gula kastor
1 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil lemon oil
Cara-caranya:-
1. Langkah pertama, pukul cream cheese, kemudian masukkan gula kastor, dan telur. pukul adunan sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan esen vanilla dan lemon oil dan kacau dengan menguunakan sudu sehingga sebati.
3. Masukkan adunan cream cheese ke dalam crust yang dah di bakar tadi dan fill it up dengan 'flavor' yang kita nak. Blueberry, strawberry, kiwi, lemon, mango, orange.
4. Bakar pada suhu 150 degree selama 10 minit.
5. Siap untuk dimakan!
1. Langkah pertama, pukul cream cheese, kemudian masukkan gula kastor, dan telur. pukul adunan sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan esen vanilla dan lemon oil dan kacau dengan menguunakan sudu sehingga sebati.
3. Masukkan adunan cream cheese ke dalam crust yang dah di bakar tadi dan fill it up dengan 'flavor' yang kita nak. Blueberry, strawberry, kiwi, lemon, mango, orange.
4. Bakar pada suhu 150 degree selama 10 minit.
5. Siap untuk dimakan!
p/s:-ada resepi lain menggunakan butter dan susu segar. Ada banyak version
jugak sebenarnya. Tapi resepi ni yang paling mudah dan pada masa yang sama mengekalkan rasa cheese yang sebenar.
Selamat Mencuba!
Love,
Ms Diamond,
Pandan Indah.
Love,
Ms Diamond,
Pandan Indah.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete