Tuesday, 17 February 2015

Chocolate Orange Cake

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum shabat semua. Semoga sihat dan ceria selalu di samping orang yang tersayang. Dan semestinya saya sentiasa mendoakan sahabat semua sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat ilahi. Ya, harus kita akui bahawa kita tiada apa-apa tanpa rahmat dan kasih daripada Nya.

Dengan rahmat dariNya kita mampu berkasih sayang sesama kita. Dengan rahmatNya jualah lahirnya cinta sehebat kasih seorang ibu kepada anaknya, cinta antara dua insan yang akhirnya disatukan dengan akad yang sah, hubungan pertalian darah yang tidak akan terputus selamanya, persaudaraan sesama kita dan juga persahabatan (gaya macam pakar cinta pulak..hee) apa pun bercintalah semampumu dan jangan terlalu membenci seandainya sudah tidak suka.

Berbicara tentang benci, pasti terasa amat sakit jika dibenci setelah diri disayangi. Kalau dahulu, janji-janji manis sentiasa ditaburkan, berjanji setia saat susah dan senang bersama, mendambakan hubungan ini kekal hingga ke jannah, menerima segala kekurangan dan bersyukur dengan segala kelebihan yang dimiliki oleh insan yang kita cintai. Namun, di saat benci mula menguasai diri, kata-kata khianat ditaburkan, kebahagiaan yang dirasai dahulu dikatakan dusta. Oleh itu ketahuilah bahawa hati ini Allah yang pegang. Allah maha berkuasa membolak balik kan hati kita daripada cinta kepada benci dan dari benci kepada cinta. Hati ini milik Dia yang maha berkuasa.

Di dalam sebuah perhubungan, pastinya kita inginkan kesetiaan bukannya kesempurnaan..
Apa motif Finaz Adiana cerita pasal cinta?haha…saje sebab nak share gambar-gambar ni yang “dikirim” oleh shabat yang saya cintai insyaAllah kerana Allah taala..












So, today I would like to share one more recipe which is the combination of two flavors and the idea just came out to make it with this version. Again, untuk mengisi masa lapang yang teramat lapang time cuti semester ni.hee..



RESEPI KEK COKLAT

*boleh rujuk resepi sebelum ni ya..

RESEPI KEK OREN

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan mentega
1 cawan gula icing
3 biji telur gred B
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk esen vanilla
2 sudu besar susu segar
Orange emulco
Pewrana oren

Cara-Cara:-

  1. Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat sebanyak 3x.
  2. Pukul mentega, masukkan gula icing dan pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan telur satu per satu.
  3. Masukkan tepung yang telah di ayak dan kacau rata kesemua bahan.
  4. Seterusnya masukkan susu segar dan esen vanilla. (p/s: selalunya saya akan lebihkan susu segar dan bergantung kepada texture bahan-bahan tapi, hati-hati jangan sampai terlebih susu sebab nanti texture kek akan jadi tak cantik sebab terlalu moist)
  5. Akhir sekali, masukkan orange emulco secukupnya dan pewarna oren. (p/s: again, depend pada selera masing-masing dan depend pada jenama emulco dan pewarna yang kita beli.) 
then, lepas dah ada dua bancuhan kek, ni cara-cara untuk buat choc orange cupcake 

Bahan-Bahan:-

Loyang Cupcake
Cupcake paper
Piping bag
Dark chocolate compound
Susu segar
Colorful manik sebagai hiasan

Cara-Cara:-

  1. Sediakan kertas cupcake di dalam loyang (kalau tak ada loyang cupcake yang khas, boleh guna kertas cupcake yang boleh berdiri sendiri)
  2. Masukkan  bancuhan kek oren ke dalam piping bag dan gunting sedikit dihujung bag.
  3. Masukkan bancuhan kek coklat ke dalam kertas cupcake (about half macam tu). kemudian, pipe kan bancuhan kek oren ke tengah-tengah bancuhan kek coklat sehingga naik jadi 3/4.
  4. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180 degree
  5. Setelah masak, hiaskan dengan chocolate ganache (cairkan chocolate compound dan sedikit susu segar) dan taburkan manik atau chocolate rice di atas kek.
  6. Siap dan boleh di makan!





Selamat Mencuba!

Saturday, 7 February 2015

Chocolate Moist Cake


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan salam ceria sahabat semua! Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita. Sungguh tidak akan pernah kita mampu untuk menghitung segala nikmat-nikmat yang telah diberikan olehNya. Namun, sering kali manusia alpa dengan mengira segala apa yang dikecapi olehnya adalah atas usahanya sendiri. Dia lupa kepada Allah yang maha berkuasa atas segala sesuatu. Kekayaan, kebijaksanaan, kecantikan dan kekuasaan yang dimiliki lantas menjadikan dirinya sombong dan bongkak. Dengan itu, berhati-hatilah dan hindarilah diri kita daripada sifat seperti itu. Hiasilah diri kita dengan sifat rendah diri dan tawadhu’ kelak kita akan menyedari bahawa sungguh kerdilnya diri kita yang sentiasa mengaharapkan segalanya kepada Allah swt dan sesungguhnya manusia itu sama sahaja di sisi Allah dan yang membezakan adalah taqwa.







Ok.. kali ni nak mencuri sedikit masa yang ‘sangat terluang dan terbuang’ ni time cuti semester untuk kongsi satu lagi resepi untuk dijadikan sebagai rujukan buat diri ini khususnya untuk masa akan datang takut-takut terlupa. dan juga untuk sahabat-sahabat semua yang mungkin nak cuba-cuba untuk berbaking tapi tak tahu nak mula dengan resepi yang mana disebabkan terlalu banyak resepi kat internet kan..

Resepi yang saya nak kongsikan kali ni adalah chocolate moist cake. Saya pasti semua orang mesti suka chocolate cake. This is my favourite too!!hee..boleh dikatakan banyak “version” dan “recipe” saya “try and error”. Saya masih ingat lagi kek coklat ni la kek pertama yang saya try buat dan first time jual kek kat kampus sempena karnival di FSU.  Sungguh tak sangka masa tu jual kek coklat sangat memberangsangkan dan saya sangat puas hati walaupun tersangatlah penat sebab lepas balik kelas je kena terus buat kek sampai lewat malam. Tapi penat tu sangat berbaloi and thanks to all my team and my friends yang support!! (senyum puas hati)..hee..

Ok la.. ni resepi kek coklat dari FINAZ ADIANA..


Bahan-Bahan


Bahan A (diayak)
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat

Bahan B (dicairkan atas api)
2 cawan margerin
1 ¾ cawan gula kastor
1 cawan susu segar

Bahan C
3 biji telur
1 sk esen vanilla

Cara-Cara

Bahan A yg telah diayak
  1.  ayak bahan A sebanyak 3x
  2. di dalam periuk kecil, dengan menggunakan api yang sederhana kecil cairkan mentega, masukkan gula dan setelah gula dan mentega sebati, masukkan susu segar. kemudian matikan api dan sejukkan bahan yang dicairkan sebentar
  3. asingkan telur kuning dan putih dan di dalam bekas yang lain, putar putih telur sehingga kembang.
  4. masukkan  telur kuning ke dalam bekas bahan B. kacau laju sekiranya bahan B masih panas. kemudian masukkan telur putih yang telah dipukul dan kacau rata kesemua bahan tersebut.
  5. kemudian masukkan bahan A yang telah diayak ke dalam bahan B sedikit demi sedikit.
  6. masukkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah digoreskan mentega dan bakar pada suhu 180 degree selama 30-40 minit.
  7. kek siap dihidang dan dinikmati bersama coklat ganache..
cairkan mentega then masukkan gula ye..

telur putih yang telah dipukul kembang warnanya soooooo putih..


choc cake with choc buttercream
one slice please!!!..:D
choc muffin
choc cake with choc ganache is the perfect combination ever!

choc lava!!yummyyy!!!







Friday, 6 February 2015

Oreo Cheese Cake Baked Version

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum sahabat semua. Semoga sahabat-sahabat sentiasa sihat sejahtera fizikal dan mental. Tak kiralah apa yang anda lakukan dan dimana anda berada, semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan dari Allah. Semoga setiap apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini tidak mengundang murka Allah.

Masih lagi dalam ‘mood’ cuti semester walaupun cuti kali ni ‘quite boring’ sebab tak de aktiviti nak buat sangat. Duduk terperap dalam rumah je..btw, tempat yang terbaik bagi seorang perempuan adalah disisi suaminya atau di rumah. Saya tersangatlah kagum pada wanita-wanita, isteri-isteri atau ibu-ibu di luar sana yang tetap berada di rumah menjalankan tanggungjawab sesuai dengan fitrahnya sebagai seorang muslimah. (That is my biggest dream). Kepada wanita di luar sana, dambakanlah untuk menjadi seorang wanita seperti yang digambarkan di dalam Al-Quran, surah at-Tahrim ayat 5. (mukminat, qaanitat, taaibat, 'aabidat, saaihat)


Ok lah, kali ni saya nak share satu lagi resepi di mana resepi ni dah lama dah buat. Cumanya tak dan nak share sebab malas nak meng’update’ bog ni. Ye la, nak update blog dan share resepi kena edit gambar, kena type, nak kena fikir ayat lagi jadinya, kemalasan pun melanda. dan, hari ni nak rajin-rajinkan diri untuk share resepi buat kawan-kawan tercinta.hehe..

So, here we go! Oreo cheese cake baked version..

Bahan-Bahan:-

Bahan-Bahan untuk Oreo’s Crust

1 packet oreo (vanilla flavor)
10g mentega

Bahan- Bahan untuk Cheese

250g cream cheese
50g gula kastor
3 biji telur
1 sk esen vanilla

Bahan-Bahan untuk Topping

blueberry filling

Cara-Cara:-

1-    Hancurkan biskut oreo. Bagi sesiapa yang tengah on diet tu boleh buangkan cream tu.
2-    Cairkan mentega. Kemudian gaulkan mentega bersama biskut oreo yang telah dihancurkan tadi
3-    Letakkan kertas cupcake di dalam loyang cupcake. Kemudian masukkan adunan oreo kedalam loyang cupcake tadi dan “press it”.
4-    Seterusnya, putar cream cheese sehingga lembut, masukkan gula, masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kalau nak tambah rasa boleh masukkan sedikit lemon oil.
5-    Kemudian masukkan adunan cheese ke dalam adunan oreo yang telah kita ‘press’ tadi.
6-    bakar pada suhu 180 degree selama 25-30 minit.
7- Akhir sekali, hiaskan dengan blueberry filling. boleh gantikan mengikut selera anda. berries atau chocolate.




Selamat Mencuba!