بسم
الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum sahabat semua. Semoga sahabat-sahabat
sentiasa sihat sejahtera fizikal dan mental. Tak kiralah apa yang anda lakukan
dan dimana anda berada, semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan dari
Allah. Semoga setiap apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini tidak
mengundang murka Allah.
Masih lagi dalam ‘mood’ cuti semester walaupun
cuti kali ni ‘quite boring’ sebab tak de aktiviti nak buat sangat. Duduk
terperap dalam rumah je..btw, tempat yang terbaik bagi seorang perempuan adalah
disisi suaminya atau di rumah. Saya tersangatlah kagum pada wanita-wanita,
isteri-isteri atau ibu-ibu di luar sana yang tetap berada di rumah menjalankan
tanggungjawab sesuai dengan fitrahnya sebagai seorang muslimah. (That is my biggest
dream). Kepada wanita di luar sana, dambakanlah untuk menjadi seorang wanita
seperti yang digambarkan di dalam Al-Quran, surah at-Tahrim ayat 5. (mukminat, qaanitat, taaibat, 'aabidat, saaihat)
Ok lah, kali ni saya nak share satu lagi resepi
di mana resepi ni dah lama dah buat. Cumanya tak dan nak share sebab malas nak
meng’update’ bog ni. Ye la, nak update blog dan share resepi kena edit gambar,
kena type, nak kena fikir ayat lagi jadinya, kemalasan pun melanda. dan, hari
ni nak rajin-rajinkan diri untuk share resepi buat kawan-kawan tercinta.hehe..
So, here we go! Oreo cheese cake baked
version..
Bahan-Bahan:-
Bahan-Bahan untuk Oreo’s Crust
1 packet oreo (vanilla flavor)
10g mentega
Bahan- Bahan untuk Cheese
250g cream cheese
50g gula kastor
3 biji telur
1 sk esen vanilla
Bahan-Bahan untuk Topping
blueberry filling
Cara-Cara:-
1-
Hancurkan biskut
oreo. Bagi sesiapa yang tengah on diet tu boleh buangkan cream tu.
2-
Cairkan mentega. Kemudian
gaulkan mentega bersama biskut oreo yang telah dihancurkan tadi
3-
Letakkan kertas
cupcake di dalam loyang cupcake. Kemudian masukkan adunan oreo kedalam loyang
cupcake tadi dan “press it”.
4-
Seterusnya, putar cream
cheese sehingga lembut, masukkan gula, masukkan telur satu persatu dan pukul
sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kalau nak tambah rasa boleh masukkan
sedikit lemon oil.
5-
Kemudian masukkan
adunan cheese ke dalam adunan oreo yang telah kita ‘press’ tadi.
6-
bakar
pada suhu 180 degree selama 25-30 minit.
7- Akhir sekali, hiaskan dengan blueberry filling. boleh gantikan mengikut selera anda. berries atau chocolate.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment