Sunday, 25 December 2016

Cream Puff


Bila aku memang harus merindu, 
maka adalah suatu kelemahan merindukan yang tidak indah,
sekiranya apa yang aku kerjakan hanya untuk kehidupan dunia,
maka sebagian dari apa yang ada padaku ini sudahlah cukup,
Akan tetapi aku bekerja untuk kerajaan abadi,
betapa menyesalnya aku jika tidak dapat bertemu denganNya.




Assalamualaikum teman-teman! Semoga sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah. Hari ni Ms Diamond teringin nak kongsi resepi cream puff. Sejujurnya, Ms Diamond takut nak mencuba buat kali kedua cream puff ni sebab cubaan pertama gagal. Tapi, alhamdulillah kali ni menjadi dan ianya berhasil adalah kerana ilmu dan pengalaman. Sebelum nak mencuba sesuatu resepi, harus buat kajian sedikit, rajin-rajinkan diri untuk membaca pelbagai resepi dan tips. Kalau tak rajin, boleh la cuba resepi yang Ms Diamond dah cuba ni. :)


Bahan-Bahan Puff


1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder

1 1/2 cawan air 
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
6 sudu besar mentega

3 biji telur

Cara-Cara:

  1. Ayak tepung dan baking powder (3x) 
  2. Di dalam kuali dengan api yang besar, masukkan air, gula, garam dan mentega. Masak hingga mendidih.
  3. Kecilkan api, masukkan tepung yang telah di ayak dan kacau sehingga adunan menjadi pekat.
  4. Setelah pekat, tutup api dan biarkan selama 5 minit.
  5. Sementara adunan tepung masih panas atau suam, masukkan telur satu per satu dan kacau rata. Adunan likat dan licin tandanya adunannya jadi ye.
  6. Griskan loyang dengan mentega. Kemudian, masukkan adunan di dalam piping bag. Gunakan nozzel roses 1M atau 2D atau seangkatan dengannya untuk paipkan adunan.
  7. Bakar selama 30 minit pada suhu 170 degree. Pastikan oven tu dah siap dipanaskan terlebih dahulu ye. Jangan malas!!
  8. Belah tengah puff yang dah di masak dan biarkan sejuk sebelum di isi dengan filling yang lazat.





P/s: * Puff yang jadi bila mana kita belah tengah puff tu dia ada rongga atau ruang kosong untuk kita isi cream nanti.
* Untuk dapatkan puff yang ada rongga pon penting semasa kita pipekan adunan. Kalau boleh pipekan adunan tinggi sedikit. Kalau pipe renek2 ni takut puff naik tak gebu dan mampat.
* Bila puff dah masak, seeloknya terlebih dahulu kita biarkan seketika di dalam oven. Ini bagi yang takut puff leper bila keluar dari oven ye. Bagi yang dah confident puff dia jadi boleh la terus bawak keluar.. hehe


Ok, sekarang ni kita sediakan filling untuk puff kita pulak. Boleh buat cream custard atau nak senang guna fresh cream/ whipping cream ja. Ms Diamond suka yang fresh cream lagi sebab boleh variasikan dengan pelbagai perisa. Blueberry, coklat, peanut dan macam-macam lagi. Sedapppp!!!

Bahan-Bahan Custard:


2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar full cream
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla (tak nak letak pon ngak apa2 sih)

Cara-Cara:


  1. Di atas api yang kecil, masukkan semua bahan di dalam periuk kecuali mentega dan esen vanilla
  2. Kacau sehingga adunan kastard menjadi pekat.
  3. Tutup api dan mauskkan mentega dan esen vanilla dan kacau rata.
  4. Masukkan kastard dalam piping bag.
  5. Boleh pipekan kastard ke dalam puff yang telah di belah tengah tadi.
  6. Siap!!

P/s: Untuk fresh cream tak perlulah ms diamond bagi tau cara-caranya di sini. Senang je kan?
Then, nak variasikan fresh cream tu boleh gabungkan fresh cream dengan fillings perisa coklat, bluenerry, peanut atau perisa yang awak suka la. Senang kannn???


Ok, sekarang jom jamu mata dengan gambar-gambar creampuff yang membangkitkan selera dan mood kerajinan kawan-kawan pun terus 'on' untuk cuba resepi ni. hehe







 




A box of cream puff with cream custard filling.



Selamat Mencuba dan Jangan Putus Asa!



Love,

Ms. Diamond, 

Pandan Indah.

Sunday, 30 October 2016

Kek Pisang ala International Recipe

Seandainya Majnun ditanya: 'Apakah bersatu dengan Laila
yang kamu inginkan, ataukah dunia dan seisinya?'
tentu ia menjawab: 'Debu di sandalnya lebih aku sukai
daripada duka kerana kehilangannya.'


Assalamualaikum teman-teman! Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan dari Allah swt.


Hari ni saja teringin nak buat kek pisang emas. Sebab 3 tahun lepas pernah mencuba buat kek pisang emas dan alhamdulillah menjadi dan sangat sedap. Tapi lepas tu pernah mencuba buat kek pisang tapi bukan menggunakan pisang emas. Rasa, warna kek lain dari seperti yang percubaan pertama. Dan sejak itu tau dah nakkan rasa dan texture macam tu mesti menggunakan pisang emas. Lain pisang, lain rasa kek nanti.



Nak dijadikan cerita, abah beli pisang cinonet kecik macam pisang emas. Dengan penuh pengharapan Ms Diamond mengharapkan akan jadi lah kek pisang emas yang saya inginkan. Malangnya, warna, texture dan rasa berbeza. Tapi tak adalah malang sangat sebab abah, mak dan adik kata sedap. Adik pula kata very recommended recipe! Kek Ms Diamond nampak gaya seperti international recipe katanya..hehe *bangga sikit. 



Secara basic Ms Diamond rujuk blog kak ita masam manis untuk resepi kek pisang ni. Dan Ms Diamond sebagai penderhaka resepi tegar sewajibnya ubah sendiri dan main hentam saja guna barang yanga ada kat dapur je.
*sebaiknya jangan menderhaka kan..hehe



Ok lah, mari kita tengok resepi kek pisang ala international resepi versi Ms Diamond ye.


Bahan-Bahan:



2 cawan tepung
1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
3 biji telur gred A
7 biji pisang
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-Cara:



1. Panaskan oven dengan suhu 170 celcius selama 10 minit. Oleskan loyang kek dengan mentega dan ketepikan.
2. Ayak tepung bersama serbuk penaik sebanyak 3 kali
3. Pukul mentega, gula dan telur.
4. Masukkan pisang yang telah dilenyekkan ke dalam bekas adunan mentega, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Masukkan tepung yang telah di ayak dan gaul sehingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar kek selama 50 minit pada suhu 170 celcius atau sehingga kek masak.
* bila kek dah mula keperangan di bahagian atas, saya ubah suhu kepada 150 celcius
7. Kek siap dimasak dan sedia untuk dihidang.
*kek sedap di makan waktu panas atau lagi sedap di hidangkan dengan butter cream atau whipped cream atau ice cream. Yummyyyyy!!!:D



Thursday, 28 July 2016

Green Velvet Cheese Marble Brownies

Pembicaraan yang tak jemu untuk didengar datang menyapa,
susunan kata dalam kalimatnya begitu memikat hati kita, 
apabila jiwa teringat padanya maka hilanglah keletihan
bahkan kegelapan pun hilang dari dalam hati yang kelelahan.

Assalamualaikum teman-teman! Semoga teman semua berada dalam keadaan sihat sejahtera, sihat badan, jasmani dan juga rohani. Bulan syawal pun tidak lama lagi akan berakhir. lagi beberapa hari sahaja lagi. pada yang masih belum menghabiskan puasa enam, masih lagi berkesempatan untuk menyempurnakan amalan sunnah ini. tak kurang juga masih ada yang masih dalam "mood" raya kan? masih lagi menerima jemputan rumah terbuka dan ziarah-menziarahi sanak saudara dan shabat handai. semoga uhkuwah terbina sesama kita berkekalan. aamiin..

Seperti tahun-tahun sebelum ni, bulan syawal memang sangat rancak MS Diamond buat kek. maklumlah, untuk memeriahkan dan menceriakan suasana hari raya dengan kehadiran kek-kek yang sangat menarik dan lazat. salah satu kek yang istimewa pada syawal kali ini adalah GREEN VELVET CHEESE MARBLE BROWNIE. panjang namanya..hehe..resepi ni Ms Diamond ambil atau lebih tepat "copy" & "paste" dari salah seorang blogger masakan yang Ms Diamond kagumi dan jadikan sebagai rujukan iaitu SYAPEX KITCHEN.

Ms Diamond tertarik nak buat kek ni disebabkan inginkan kelainan sebab selalu sangat dah buat brownie dan red velvet. jadinya, nakkan kelainan sikit la. tu yang berani nak mencuba walaupun masih tidak ada kekuatan nak mencuba resepi baru dari internet. risikonya amat besar untuk tidak jadi. tapi, alhamdulillah, hasilnya menjadi dan sedap. apa yang Ms Diamond katakan green velvet cheese brownie ni memang sedap dan tepat bagi sesiapa yang inginkan kelainan terutama sekali bagi "cheese lover" di luar sana.

panjang pulak membebelnya, almaklumlah, lama tak update share resepi..hehe..jom lah kita tengok resepi kek yang sedap ni. secara 'basic' saya ambil dari SYAPEX KITCHEN dan Ms Diamond olah sedikit resepi untuk rujukan sahabat semua.




Green Velvet Cheese Marble Brownies

Bahan-Bahan
125g + 1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
60g mentega
80g gula kastor (resepi asal 100g)
1 biji telur saiz A
120ml susu segar
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil pewarna hijau (boleh tambahkan ikut kepekatan warna yang diinginkan)
1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder

Cara-Cara
  1. Panaskan oven dengan suhu 170C selama 10 minit terlebih dahulu.Alas loyang dengan paper sheet, biarkan kertas melebihi loyang supaya senang untuk mengeluarkan kek nanti.
  2. Satukan susu segar dan lemon. Biarkan selama 5 minit.
  3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam mangkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul sehingga sebati. Kemudian, masukkan gula dan esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
  5. Satukan susu segar, pewarna hijau dan coklat emulco. Kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan susu dan tepung secara bergilir-gilir dalam adunan mentega.
  7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, dan kemudian masukkan ke dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 4 sudu besar adunan untuk buat marble
  8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan boleh sediakan lapisan cheese.
Bahan-Bahan Lapisan Cheese
250g cream cheese
1/2 cawan gula kastor. (resepi asal 3/4 cawan)
1 biji telur gred B

Cara-Cara
  1. Pukul cream cheese hingga gebu
  2. Masukkan gula dan pukul hingga sebati
  3. Selepas 30 minit, keluarkan brownie dari oven dan tuangkan cream cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownie di atas lapisan cheese dan lorekkan. Masukkan ke dalam oven dan bakar sekali lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Selamat Mencuba!
Love,
Miss Diamond,
Pandan Indah.



Sunday, 7 February 2016

Brownies Kedut



Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat semua?semoga dikurniakan kesihatan yang baik oleh Yang Maha Esa. Cuti panjang CNY ni, diharap dapat meluangkan masa bersama keluarga yang tercinta, mengeratkan hubungan sesama keluarga yang jauh mahupun dekat. Bagi sahabat yang sedang menghabiskan cuti semester yang tinggal 2 minggu sahaja lagi, diharapkan dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga, menabur bakti kepada ibu bapa serta tidak dilupakan menambah ilmu terutamanya ilmu agama. Semoga hidup kita diberkatiNya.

Hari ni hari kedua berturut-turut Ms Diamond buat brownies. Semalam try and error sahaja resepi brownies ni dari satu blog tempatan. Hari kedua pula, Ms Diamond improve resepi dari resepi asal. Ada beberapa bahan Ms Diamond lebihkan dan kurangkan. Sudah semestinya Ms Diamond sebagai peminat coklat tegar akan lebihkan coklat dan kurangkan kemanisan brownies ni. My review is, brownies ni sangat sedap dan rasa nak buat lagi dan lagi. Mak dan abah pun request buat lagi brownies ni. InsyaaAllah, kakak buat lagi ye nanti. :)

Diharapkan resepi ni berguna lah untuk sahabat-sahabat di luar sana sebagai rujukan. Bagi Ms Diamond, nak buat brownies ni sangat mudah semudah ABC. Tak renyah, tak penat dan insyaAllah tendency untuk menjadi elok sangat tinggi. Buat kek coklat moist lagi susah dan mencabar tau. hee

ok la, tak ada niat nak bebel atau berceramah, bagi tazkirah panjang-panjang. Kita terus tengok resepi ye kawan-kawan.


Brownies Kedut


Bahan-Bahan

Bahan A

420g dark chocolate compound
150g mentega

Bahan B

150g tepung gandum
30g serbuk koko
1 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh garam

Bahan C

4 biji telur Gred A
150g gula perang
1 sudu kecil esen vanilla

* badam/chocolate chip sebagai hiasan.

Cara-Cara;

1- Di dalam satu bekas, cairkan Bahan A dengan menguunakan kaedah double boiler. Boleh juga cairkan bahan-bahan dengan menguunakan microwave. Ketepikan dan sejukkan Bahan A. 
*cairkan coklat terlebih dahulu kemudian baru masukkan mentega. coklat compound Ms Diamond gunakan jenama beryl's. jenama lain yang sedap juga seperti colatta dan le'bourne.

2- Ayak Bahan B 3x.
*sukatan tepung Ms Diamond lebihkan 50g dari resepi asal supaya texture brownies lebih 'cakey' dan sudah semestinya saya gunakan serbuk koko jenama van houtten.

3- Dalam bekas yang lain pula, pukul adunan Bahan C sehingga gebu dan gula larut dengan menggunakan pemukul telur sahaja. 
*mixer tidak digalakkan untuk diguna semasa memukul bahan C. Ms Diamond guna gula perang sahaja sebab tak suka manis. 

4- Masukkan Bahan A yang telah dicairkan ke dalam bekas adunan Bahan C. 
*pastikan Bahan A betul-betul sejuk sebab jika masukkan Bahan A ke dalam Bahan C dalam keadaan masih panas, adunan akan berbiuh-buih menggelegak macam gunung berapi tu..hee..ini akan membuatkan lapisan atas menjadi kurang cantik.

5- Kemudian masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dengan kaedah kaup balik. Kacau adunan sehingga sebati. 

6- Masukkan adunan kedalam loyang bersaiz 10x 10inch yang di alas dengan parchment paper. Di atas adunan boleh taburkan badam ataupun chocolate chip.
*lebihkan parchment paper melebihi paras adunan ataupun paras loyang sebab untuk memudahkan untuk keluarkan brownies dari loyang.

7- Bakar dengan suhu 170 degree selama 30 minit.

8- Biarkan brownies sejuk di dalam oven.

9- Setelah brownies sejuk, siap dipotong untuk dimakan bersama keluarga dan berkongsi sesama jiran. Selalunya kedut brownies akan lebih kelihatan selepas dipotong.

10- Selamat Mencuba!



Love,
Ms Diamond, 
Pandan Indah.