Tiga fasa manusia;
dilahirkan dalam keadaan lemah, kemudian tumbuh menjadi kuat
dan akhirnya lemah kembali
Allah
Ta’ala berfirman;
اللَّهُ
الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ
مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَشَيْبَةً يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ
“Allah, Dialah yang menciptakan kamu
dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu
menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali)
dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha
Mengetahui lagi Mahakuasa.”
Allah
subhanahu wa ta’ala mengingatkan (manusia) akan fasa-fasa yang telah dilaluinya
dalam penciptaannya, dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain. Asal mulanya
manusia itu berasal dari tanah liat, kemudian dari air mani, kemudian menjadi
'alaqah, kemudian menjadi segumpal daging, kemudian menjadi tulang yang
dilapisi dengan daging, lalu ditiupkan roh ke dalam tubuhnya.
Setelah
itu ia dilahirkan dari perut ibunya dalam keadaan lemah, kecil, dan tidak
berkekuatan. Kemudian menjadi besar sedikit demi sedikit hingga menjadi anak kecil,
setelah itu berusia baligh, lalu menjadi pemuda. Inilah yang dimaksud dengan
keadaan kuat sesudah lemah.
Kemudian
mulailah kekuatan itu berkurang dan menua, lalu menjadi manusia yang lanjut usia dan inilah yang dimaksud keadaan lemah sesudah kuat. Di fasa ini
seseorang mulai lemah keinginannya, gerak, dan kekuatannya; rambutnya putih
beruban, sifat-sifat lahiriah dan batinnya berubah pula. Karena itulah maka di
sebutkan oleh firman-Nya:
ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا
وَشَيْبَةً يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ
“…kemudian Dia menjadikan (kamu)
sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang
dikehendaki-Nya.” (Ar-Rum: 54)
Yakni
Dia berbuat apa yang dikehendaki-Nya dan mengatur hamba-hamba-Nya menurut apa
yang dikehendaki-Nya.
Begitulah
tiga fasa hidup manusia. Bermula dengan keadaan yang sangat lemah, tidak mampu
berbuat apa, hanya mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah melalui perantara
seorang ibu, kemudian berinjak usia dewasa menjadi pemuda yang kuat dan
seterusnya kekuatan itu akan semakin sirna dan pudar apabila manusia mulai tua,
akan kembali lemah seperti anak-anak.
Masa
muda merupakan masa sempurnanya pertumbuhan fizik dan kekuatan seseorang. Maka
ini merupakan nikmat besar dari Allah Ta’ala yang seharusnya dimanfaatkan
dengan sebaik-sebaiknya untuk amal kebaikan dalam meraih ridha Allah Ta’ala.
Dan seperti mana nikmat-nikmat besar lainnya yang dikurniakan buat manusia,
nikmat yang satu ini pun nantinya akan dimintai pertanggungjawaban di hadapan
Allah Ta’ala di akhirat kelak.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
mafhumnya;
“Tidak akan bergesar kaki seorang
manusia dari sisi Allah, pada hari kiamat (nanti), sampai dia ditanya (dimintai
pertanggungjawaban) tentang lima (perkara): tentang umurnya untuk apa
dihabiskannya, masa mudanya digunakan untuk apa, hartanya dari mana diperoleh
dan ke mana dibelanjakan, serta bagaimana di mengamalkan ilmunya.” (HR
Tirmizi, No. 2416)
Dan
di antara ciri-ciri ideal seorang anak muda adalah;
(1) Rajin
beribadah. Waktu muda adalah sangat sinonim dengan waktu kesenangan dan waktu inilah yang membuatkan banyak manusia lalai dan leka. Seorang anak muda muslim seharusnya tidak tergoda dengan nikmat-nikmat tersebut. Mereka sebaliknya memperkenalkan diri kepada Allah di waktu senang ini dengan memperbanyakkan ibadah kepadaNya. Dia tahu tujuan dia diciptakan adalah tidak lain tidak bukan untuk beribadah. Mereka adalah antara golongan yang akan mendapat naungan Allah sebagaimana sabda rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam;
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِى ظِلِّهِ
يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ … وَشَابٌّ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ رَبِّهِ
“Ada tujuh golongan
manusia yang akan dinaungi oleh Allah dalam naungan (Arsy-Nya) pada hari yang
tidak ada naungan (sama sekali) kecuali naungan-Nya: …Dan seorang pemuda yang
tumbuh dalam ibadah (ketaatan) kepada Allah …” (HR Bukhari, No. 1357 & Muslim, No. 1031)
(2) Berbakti kepada orang tua. Di saat kita anak muda menikmati fasa muda ini, dengan segala keinginan dan kekuatan yang ada untuk mencapai segala yang dicita-citakan, terkadang membuatkan kita sibuk menguruskan hidup sehingga lupa kepada mereka yang telah banyak berbakti kepada kita yang semakin lemah dan menua. Di saat inilah mereka sangat memerlukan kita untuk membantu mereka. Anak muda yang peka akan segera memenuhi segala keperluan orang tuanya sebelum mereka memintanya. Berbakti kepada mereka adalah perkara yang paling berhak untuk anak muda laksanakan sebagai salah satu tanda bersyukurnya kita kepada mereka dan juga kepada Allah.
Rasulullah shallallahu ‘alaih wa sallam bersabda;
“Orang tua adalah pintu surga yang
paling tengah. Jika engkau ingin maka sia-siakanlah pintu itu atau jagalah ia.”
(HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)
(3) Memberi
manfaat kepada masyarakat dan negara. Anak muda seharusnya menjadi masyarakat yang prihatin terhadap sekeliling. Di saat kekuatan yang ada inilah anak muda seharusnya mengambil kesempatan dan peluang untuk memberi bakti buat masyarakat dan negara. Atau paling tidak, anak muda menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dapat merosakkan negara seperti terlibat dengan dadah atau terlibat dengan demonstrasi menentang pemerintah dan sebagainya. Boleh kita jadikan pemuda-pemuda di zaman salaf sebagai idola dalam meneladani sumbangan mereka sebagai anak muda kepada masyarakat dan negara. Bacalah kisah-kisah mereka untuk dijadikan inspirasi.
Semoga dipermudahkan buat anak muda diluar sana untuk menjadi pemuda ideal menurut syariat, insyaAllah.
Entah kenapa sibuk nak merajinkan diri buat risoles
ni. Renyah juga nak membuatnya dan memerlukan kesabaran dan ketekunan yang
tinggi di setiap proses pembuatannya. Mungkin sebab mak suka, gagahkan diri
juga la untuk mencuba buat sendiri. Lagi satu sebab perasaan ingin tahu tu
tinggi sangat betul ke buat risoles ni susah? Konon nak mencabar diri, memang
mencabar rupanya! Tapi tu mungkin sebagai pengalaman pertama mencuba, lepas ni
mungkin lebih mudah sebab dah dapat ‘clear picture’ apa benda risoles ni.
Resepi ni Ms Diamond ambil dari My Resepi, sibuk
duk lalu lalang kat facbeook. Untuk resepi dari My Resepi tu, ia menggunakan
santan untuk kulit risoles, Ms Diamond ‘check’ resepi lain di internet ada
yang menggunakan susu full cream. So, Ms Diamond gantikan santan denganm susu
lah. Senang sikit kerja, tak perlu nak parut kelapa dan perah santan. (Oh, Ms
Diamond belum berminat untuk menggunakan santan kotak di setiap masakan sebab
mak tak bagi, mak lebih suka yang fresh. Duduk dengan mak, kena ikut cara mak
la kan? Hehe)
Btw, maaf teman-teman tak dapat nak tunjuk gambar step by step
cara buat risoles ni sebab Ms Diamond buat sorang-sorang (dibantu oleh adik
yang memang juga tak menang tangan), susah sikit nak ambil gambar. InsyaAllah
mudah sahaja nak ikut resepi tanpa gambar kan? Jomlah kita tengok resepi.
Bahan-Bahan
Inti;
300g
isi ayam/ayam kisar
4
biji kentang saiz sederhana besar
1
batang lobak merah saiz sederhana
3
ulas bawang putih
2
ulas bawang besar/ bawang holland
Lada
hitam
Serbuk
lada hitam
Cili
padi (ikut selera, jika suka pedas lebihkan cili)
Garam
2
sudu besar tepung jagung (dijadikan pes)
Cara-Cara;
1. Potong
dadu kesemua bahan; ayam, kentang, lobak dan bawang.
2. Tumis
bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan
ayam dan tunggu sehingga masak. Kemudian masukkan lada hitam yang telah
ditumbuk lumat dan garam.
4. Masukkan
kentang dan lobak. Masukkan air secukupnya dan tunggu sehingga kentang empuk
dan air kering.
5. Setelah
kentang empuk, masukkan pes tepung gandum dan cili yang dah dipotong.
6. Perasakan
dengan serbuk lada hitam / lada sulah jika ingin lebih aroma dan rasa pedas.
7. Biarkan
sejuk dan sementara itu boleh siapkan kulit risoles.
*Untuk
resepi di atas boleh dapat sehingga 30-35pcs risoles.
Bahan-Bahan
Kulit;
2
cawan tepung gandum
2
cawan susu full cream
1
cawan air
1
biji telur
Garam
Breadcrumbs*
2
biji telur*
Bahan
bertanda (*) untuk salut risoles sebelum digoreng
Cara-Cara;
1. Di
dalam satu bekas, satukan kesemua bahan kecuali bahan bertanda (*).
2. Pukul
dengan menggunakan whisk/mixer atau boleh diblend. Adunan akan menjadi tidak
terlalu perkat dan tidak terlalu cair.
3. Untuk
membuat kulit risoles adalah sama seperti membuat kuih ketayap.
*Kulit
risoles tidak boleh tebal kerana ia akan rasa muak ketika dimakan. Lebih baik
membuat kulit yang nipis atau sedang-sedang. Namun kulit yang nipis mungkin ada
kesukaran ketika membalut jika tidak kena caranya.
4. Letak
inti ayam tadi di atas kulit risoles tadi dan balut seperti kuih ketayap lebih
mudah. Boleh variasikan cara membalut, bentuk petak atau sebagainya.
5. Salut
risoles dengan telur dan kemudian salut dengan breadcrumb. Ulang proses yang sama sehingga
selesai.
*Resepi
kulit risoles di atas boleh buat dalam 20pcs. Agak penat juga buat yang pertama
kali yang ingin mencuba. Boleh kurangkan bahan-bahan jika ingin buat dalam
kuantiti yang sedikit.
6. Siap
untuk disejuk bekukan dan juga boleh terus goreng.
Selamat Mencuba!
Love,
Ms Diamond, '
Nilai,Negeri Sembilan.