Tuesday, 4 December 2018

Ketika Cinta Diuji



Abdullah Ibn Mas'ud radiyallahu anhu pernah bertanya 
tentang amalan yang paling dicintai Allah. 
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menjawab;
“Shalat pada waktunya, berbuat baik kepada ibu bapa, dan jihad di jalan Allah.” 
(HR Bukhari dan Muslim).





Jam menunjukkan pukul 1.06 tengahari. Muazzin baru sahaja selesai melaungkan azan zohor. Ya, kedengaran azan dari masjid yang terletak bersebelahan di perpustakaan ini. Pengunjung perpustakaan dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi masih sibuk meneruskan pekerjaan mereka. Masih tekun dengan kerja mereka, masih sibuk dengan laptop dan 'handphone'. Kenapa keadaan sebegini masih biasa untuk kita lihat? Bukan khusus di sebuah perpustakaan institusi menara gading ini, bahkan di seluruh tempat. Melihat orang yang menjaga waktu solat apa lagi solat berjemaah di masjid dianggap ‘rare’ dan 'limited edition', dianggap orang-orang baik. Padahal itu sudah menjadi  kewajipan, tanggungjawab bagi setiap muslim. Rasanya hadis yang satu tentang antara amalan yang paling utama adalah menjaga solat pada waktunya tidak perlu diperkenalkan lagi apa lagi buat pengunjung yang berada di dalam perpustakaan ini.

Kawan, aku ceritakan ini bukan ingin mengaibkan. Sama sekali tidak! Tapi sekadar perkongsian untuk kau dan aku sama-sama ambil pelajaran. Aku pun masih belum sempurna dalam bersegera menyahut setiap panggilan dan perintahNya. Tapi tak salah kan untuk kita saling mengingatkan?




Kawan,
Cuba kau renungkan,
Di saat orang yang kau cintai memanggil, dengan segera kau mendatanginya.
Ada dua sebab utama,
Pertama, kerana kau tahu dia amat memerlukan kau,
Dan kedua, sudah tentu kau amat mencintainya, 
Justeru kau tak ingin membuatnya kecewa.

Tapi kenapa?
Tak sama keadaannya ketika Rabb memanggil kau,
Kau malah melewat-lewatkannya,
Atau lebih parah, kau mengabaikan terus panggilan tersebut.

Apa sebabnya?
Kembali kepada dua sebab kau mendatangi kekasihmu tatkala dia memanggilmu
Kau tahu kekasihmu lagi sedang memerlukan dirimu, 
Maka kau jawab panggilan itu segera.
Sedangkan Tuhanmu,
Dia tidak pernah memerlukan sesiapa,
Apa lagi kau yang Dia ciptakan!

Kawan,
Apa mungkin kerana kau tahu Tuhanmu tidak memerlukanmu,
Justeru membuatkan kau membiarkan sahaja panggilan tersebut?
Atau mungkin cintamu kepadaNya yang patut dipertanyakan,
Cinta kau kepada Tuhan tidak seteguh cinta kau kepada kekasihmu,
Itu hakikatnya!

Berhentilah,
Dari mengarahkan hatimu kepada manusia,
Yang kau dan dia sama-sama diciptakan ,
Alihkan hatimu kepada Tuhanmu,
Dia langsung tidak memerlukan kau,
Kau yang malah memerlukan Dia yang Maha Sempurna!
Tapi tetap sahaja dia memanggil kau,
Pelik bukan?

Malu?
Itu seharusnya perasaan yang patut hadir dalam hati kau,
Dan juga aku! 

Akhir kata,
Fafirru ila Allah! 




Mencintaimu kerana Allah, 
Intan Mohammadi.

No comments:

Post a Comment