“Katakanlah
(wahai Muhammad kepada umatmu):
Jika kalian benar-benar mencintai Allah, maka
ikutilah aku (Muhammad),
niscaya Allah akan mencintai kalian dan mengampuni
dosa kalian“.
(Ali Imran: 31).
Cinta
itu Lelah.
Syeikh
Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata;
“Meraih sesuatu yang dicintainya
sering harus menanggung sesuatu yang menyusahkan. Baik cinta yang benar mahupun
cinta yang tidak benar.”
Cubalah
renungkan,
Orang
yang cintakan kedudukan,
Dia
lelah untuk meraihnya,
Menghadapi
rintangan yang amat berat,
Bahkan
seringkali berbahay untuk dunia dan agamanya.
Orang
yang cinta harta,
Ia
habiskan waktunya untuk membanting tulang,
Tak
kenal waktu,
Bahkan
sering ia sakit kerananya.
Orang
yang cinta syahwat,
Ia
lelah hatinya,
Demi
mengejar syahwat yang ia dambakan,
Di
saat jauh,
Ia
terseksa oleh kerinduan,
Di
saat dekat,
Ia
terseksa oleh kekhawatiran untuk berpisah dengnnya.
Ternyata
memang meraih yang dicintai memerlukan pengorbanan,
Semakin
cinta,
Semakin
kuat perjuangan meraihnya,
Semakin
kurang cintanya,
Semakin
lemah pengorbanan.
Semua
kita mengakui mencintai Allah dan rasulNya,
Sejauh
manakah pengorbanan untuk meraih cinta itu,
Syeikhul
Islam berkata;
“Apabila seorang hamba meninggalkan
apa yang ia mampu lakukan dari berjihad, maka itu bukti kelemahan cinta dalam
hatinya kepada Allah dan rasulNya.”
Terkadang
kita mampu melakukan sesuatu ibadah,
Namun
kemalasan menghentikan langkah,
Tak
ada perjuangan melawannya,
Itulah
kelemahan cinta,
Walaupun
pelakunya mengaku ia cinta sejuta rasa.
-Ust Abu Yahya Badrusalam
Entry
kali ni ms diamond nak berkongsi resepi ayam panggang menggunakan oven yang sihat sesuai untuk sesiapa yang tengah on diet. Resepi yang sangat simple tapi sedap. Terasa manis
ayamnya dan sangat ‘juicy’ ditambah dengan rasa masam lemon sedikit dan
pedas ‘black pepper’, memang sangat sedap! Pertama kali mencuba rasa, ms
diamond sangat teruja dengan rasanya yang sangat sedap walaupun bahan-bahannya
sangat mudah dan ringkas. Seakan tidak percaya! Dan paling penting semua orang dalam rumah pun suka! My ultimate
goal every time I cook, bikin orang yang rasa tu puas hati terutamanya mak,
abah dan adik.
Sekali
lagi, resepi ni teman-teman patut cuba! Oh ye, sumber resepi dari facebook,
video cara penyediaannya yang sangat mudah dan nampak menyelerakan tu yang
membuatkan diri ini ingin mencuba. Alhasil, sangatlah tidak rugi dan sangat
berpuas hati! Alhamdulillah. Ok, saatnya tengok resepi ye.
Bahan-bahan;
5-6 ketul ayam (tak kisah bahagian mana ikut suka)
Minyak zaitun
Garam
Serbuk Lada hitam
Lemon
Cara-cara;
1. Basuh ayam bagi bersih dulu ye. Kemudian gaulkan
dengan garam dan lada hitam.
2. Perahkan lemon (dalam dua hirisan lemon)
3. Alaskan baking tray dengan aluminium foil, susun
ayam di atasnya.
4. Boleh taburkan serbuk lada hitam lagi dan juga boleh letakkan
hirisan lemon di atas ayam.
5. Bakar
pada suhu 200 selama 25-30 minit atau sehingga keperangan.
* texture bahagian
bawah ayam akan lebih lembut, sedikit 'juicy' dan tidak akan kelihatan perang berbanding dengan yang bahagian atas, boleh terbalikkan ayam jika di bahagian atas sudah
cukup mask dan berwarna perang.
Senang je kan? Selamat Mencuba!
Love,
Ms Diamond,
Nilai, Negeri Sembilan
Senang je kan? Selamat Mencuba!
Love,
Ms Diamond,
Nilai, Negeri Sembilan
No comments:
Post a Comment