Tajuk: Larangan Berlebihan Dalam Bersedekah
Penyampai: Ust Abdullah Zaen
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=EHfM2GemPmY
Durasi: 45:05
Tangan diatas lebih baik dari tangan yang dibawah
Salah satu bentuk kesempurnaan islam adalah setiap
ibadah yang disyarIatkan buat hamba ada aturannya, yang tidak boleh ditambahi
ataupun dikurangi. Sebagaimana firman Allah Ta’ala di dalam surah Al-Maidah,
ayat 3:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ
“…pada
hari ini telah Ku sempurnakan untukmu agamamu…”
Infaq atau sedekah merupakan ibadah dan mempunyai
aturannya yang perlu diikuti. Di dalam surah Al-Furqan, ayat 67 Allah
menyebutkan ciri-ciri ‘ibadurrahman antaranya:
وَالَّذِينَ إِذَا أَنْفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا
وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا
“Dan
orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan
tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang
demikian.”
Di dalam ayat tersebut jelas disebutkan dua aturan
dalam berinfaq iaitu;
(i) TIDAK BERLEBIHAN
(ii) TIDAK BAKHIL
Dengan erti kata lain, barang siapa yang
berlebihan dalam berinfaq atau bakhil dalam mengeluarkan harta di jalan Allah,
dua-duanya sama tercela.
Di dalam surah At-Talaq, ayat 7, Allah
memerintahkan untuk berinfaq mengikut kemampuan dan dari rezeki yang
dikurniakan buatnya. Allah Ta’ala berfirman:
لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ وَمَنْ
قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ
نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
“Hendaklah
orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang
disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah
kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa
yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah
kesempitan.”
Antara contoh berlebihan dalam bersedekah adalah:
1. Orang yang berinfaq sunnah lalu mengakibatkan
lalai dari memerhatikan infaq yang wajib (cth; mengabaikan nafkah isteri dan
anak-anak).
2. Sedekah yang berlebihan sehingga mengakibatkan
jatuh miskin lalu meminta-minta.
Di dalam islam, disarankan untuk berlumba-lumba
dalam kebaikan (fastabiqul khoirat) dan bukannya berlebih-lebihan di dalamnya.
Berlumba-lumba dan berlebih-lebihan itu adalah dua perkara yang berbeza!
Semoga bermanfaat!
Love,
Intan Mohammadi,
Nilai, Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment