“Maka
hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)
dan
hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar
mereka selalu berada dalam kebenaran.”
Allah
Ta’ala berfirman;
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya
kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku
mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka
hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman
kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al Baqarah: 186)
Allah,
melalui kitab suci Al-Quran menyatakan bahawa diriNya sangat dekat dengan hamba-hambaNya.
Sebagai hamba pula, tanyakan diri kita, sedekat mana hubungan kita dengan Dia?
Sejauh mana kita serius dalam menyahut segala panggilan Allah? Ayat di atas
merupakan perintah untuk memenuhi setiap panggilan dan perintah Allah serta bersegera dalam melaksanakannya. Perkara ini sangat terkait rapat dengan
terkabulnya permintaan seorang hamba. Lebih cepat seseorang hamba itu menyahut
setiap panggilanNya, lebih cepat jualah setiap permintaan ia dikabulkan,
insyaAllah. Hal ini sangat bertepatan dengan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi
wasallam mafhumnya;
“…Jagalah Allah, niscaya Dia akan
menjagamu. Jagalah Allah, niscaya kau dapati Dia di hadapanmu…” (HR
Tirmizi, No. 2516)
Sekiranya
segala hak-hak Allah ditunaikan dan segala larangan ditinggalkan, pastinya
Allah akan membuatkan kehidupan hamba itu lancar dan segala urusannya dipermudahkan. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, ia berkata: Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Sesungguhnya Allah Ta'ala
berfirman:
"Siapa yang memusuhi wali-Ku maka
sesungguhnya Aku telah menyatakan perang terhadapnya. Dan tidaklah hamba-Ku
mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu ibadah yang lebih Aku cintai dari apa
yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan senantiasa seorang hambaKu mendekatkan
diri kepadaKu dengan amalan-amalan Sunah hingga Aku mencintainya. Jika Aku
mencintainya maka Aku menjadi pendengarannya yang ia gunakan untuk mendengar,
penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, dan sebagai tangannya yang ia gunakan untuk berbuat, dan
sebagai kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Dan jika ia meminta (sesuatu)
kepada-Ku pasti Aku akan memberinya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku
pasti Aku akan melindunginya.” (HR. Al-Bukhari)
Namun,
kita sebagai hamba terlalu sering mengabaikan perintah-perintahNya baik dari
segi tidak melakukan terus perintah yang diwajibkan mahupun kita melaksanakannya
secara sambil lewa. Dan antara perintah yang sering diabaikan oleh seorang hamba adalah
kewajipan menunaikan solat di awal waktu. Betapa banyak dari kita yang terlalu
sibuk dengan dunia sehingga mengabaikan waktu solat. Masih terasa berat bagi
kita untuk meninggalkan sebentar pekerjaan kita demi memenuhi panggilan azan. Masih
sibuk dengan urusan dunia tatkala muazzin di masjid melaungkan “Haiyya ‘alas
Solah”. Yang tinggal untuk Allah, hanya sisa-sisa waktu terakhir. Belum
lagi soal kualiti ibadah yang dilakukan, apakah solatnya khusyu’ dan baik? Seorang
hamba yang baik pasti sangat menitik beratkan soal ini, dia bersegera dalam
menyahut panggilan Ilahi ataupun dia sudah bersiap sedia lebih awal sebelum
berkumandangnya azan. Dia setia untuk melangkahkan kakinya ke masjid lebih awal
untuk menanti tibanya waktu solat. Subhanallah!
Itu
baru satu perintah Allah untuk kita bersegera dalam menyahutnya, tapi masih
banyak dari kita yang lalai! Jika perintah solat ini tidak mampu kita
laksanakan dengan baik, apatah lagi perintah-perintah lain dan juga
larangan-laranganNya untuk kita jauhkan. Dan sekiranya perintah solat yang satu ini telah kita berjaya melaksanakannya, pasti akan dipermudahkan buat kita untuk melaksanakan
perintah yang lainnya dan pastinya menjadi sebab kehidupan kita menjadi lebih
baik, insyaAllah.
Nabi
sallallahu ‘alaihi wasallam berpesan, mafhumnya;
“…Bersemangatlah atas hal-hal yang
bermanfaat bagimu. Minta tolonglah pada Allah, jangan engkau lemah...”(HR
Muslim)
Kali ni ms diamond nak kongsi resepi MUSHROOM SOUP & GARLIC BREAD. Kalau
mushroom soup je mesti semua terbayang Pizza Hut. Kalau terbayang mushroom
soup, mesti nak makan dengan garlic bread kan? Sejujurnya, ms diamond bukan lah
minat sangat dengan mushroom soup yang dihidangkan di restoran-restoran. Cukup
sekadar untuk merasa, nak makan lebih-lebih, kembang juga tekak ni. Maklumlah, kita
ni selera melayu yang sukakan sambal belacan dan tempoyak ditambah dengan anak
tekak nogori yang sukakan pedas. Antara mushroom soup pizza hut dan domino’s,
ms diamond lebih suka domino’s. Bagi ms diamond mushroom soup yang dihidangkan
di domino’s lebih mesra dengan tekak melayu ni. Teringin juga nak makan
mushroom soup yang ms diamond rasa boleh makan banyak-banyak. Jadi, ms diamond
pun ‘google’ resepi. Banyak versi juga
dan banyak cara. Secara basic, dua sumber resepi menjadi rujukan dan ms diamond
gabungkan menjadi resepi yang lebih mudah dan sedap. Ms diamond menggunakan
bahan-bahan segar iaitu cendawan butang dan daun parsley yang segar. Banyak
resepi yang ms diamond tengok menggunakan cendawan di dalam tin dan juga daun
parsley digantikan dengan parsley flakes. Ms diamond memilih untuk menggunakan
bahan-bahan fresh untuk membuat mushroom soup ni. Lebih fresh, sihat dan sedap!
Jom
tengok resepi!
Bahan-Bahan Mushroom Soup
300ml
air
500ml
susu segar
300-400g
cendawan butang (anggaran 10-14 biji cendawan bersaiz sederhana) *ms diamond
menggunakan cendawan butang berwarna perang.
1
kiub pati ayam *jika tidak mahu menggunakan kiub pati ayam, untuk pilihan yang lebih sihat boleh buat stok
ayam sendiri menggunakan 300ml air diatas.
1
sudu marjerin
3
sudu tepung gandum
Daun
parsley
Lada
hitam/ serbuk lada hitam
Garam
Cara-Cara
1. Tuang
air dan susu di dalam periuk, biarkan ia mendidih. Masukkan kiub pati ayam.
2. Kacau
sebentar sehingga kiub pati ayam larut, masukkan lada hitam dan cendawan.
3. Kacau
lagi sehingga mendidih lebih kurang 15 minit.
4. Masukkan
daun parsley, mentega dan garam. Kacau sebati.
5. Bancuh
tepung dengan air, tapiskan di dalam periuk. Kacau sup supaya tidak berketul.
6. Didihkan
sup dan biarkan semua bahan sebati dan pekat.
7. Siap
dihidangkan bersama garlic bread.
Bahan-Bahan Garlic Bread
Roti
Gardenia
1
ulas bawang putih
Mentega
Daun
parsley diracik halus
Cara-Cara
1. Bakar
sedikit bawang putih dan tumbuk halus.
2. Campurkan
bawang putih dengan mentega dan daun parsley.
3. Sapukan
mentega bawang putih ke atas roti. Goreng tanpa minyak sehingga keperangan.
4. Siap
untuk dihidang!
Selamat
Mencuba!
Love,
Ms
Diamond,
Nilai,
Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment