Setiap
yang hidup pasti merasakan kematian.
Hari
ini, menerima khabar salah seorang rakan seuniversiti pergi menghadap Ilahi. Masih
muda, ibu kepada dua orang cahaya mata. Kehilangannya tidak disangka-sangka,
selepas menyusukan anak keduanya. Masa yang Allah pinjamkan buatnya telah
cukup. Allahummaghfirlaha warhamha.
Cukuplah
kematian sebagai peringatan bahwa hidup ini tidak lama, pemutus angan-angan dan
pemutus nikmat dunia. Sebesar apa pun pangkat kita, semewah apa pun kehidupan
kita atau sesempurna apa pun keluarga kita, semua itu akan kita tinggalkan. Masa
yang tepat akan datang tidak kira kita bersedia atau tidak untuk bertemu
Pencipta kita. Justeru, dengan mengingat kematian atau tatkala kehilangan orang
sekeliling adalah satu peringatan buat orang yang ingin berfikir. Alhamdulillah,
kita masih dipanjangkan umur oleh Allah untuk kita gunakan nikmat yang
diberikan dalam rangka ketaatan kepadaNya. Tetaplah istiqomah dalam menjalani
kehidupan sebagai hamba Allah yang bertakwa dan jangan sesekali kufur! Sudah
tentunya kita tidak ingin megemukakan rayuan seperti firman Allah mafhumnya:
“Hingga apabila datang kematian
kepada seorang dari mereka, dia berkata, ‘Ya Rabbku, kembalikankalh aku (ke
dunia), agar aku berbuat amal soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan.’
Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan sahaja. Dan
di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan.” – Al-Mukminun;
99-100.
Sungguh
rugi, jika Allah telah panjangkan umur buatnya, tetapi tidak dipenuhi dengan
ketaatan! Waktu dan usia kelak akan dipertanggungjawabkan. Sebagaimana sabda
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mafhumnya;
“Kedua kaki seorang hamba tidaklah
beranjak pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu):
tentang umurnya untuk apa ia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa ia
gunakan, tentang hartanya dari mana ia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya
tersebut) ia belanjakan serta apa saja yang telah ia amalkan dari ilmu yang
dimilikinya.”- HR Tirmizi, No. 946.
Semoga
kita semua dapat pengakhiran yang baik, bertemu dengan Pencipta kita dalam
keadaan Dia redha kepada kita sebgai hambaNya yang beriman. Dan semoga sahabat,
Izzaty Rahim ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan mendapat
keampuanan Allah. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.
Entry
kali ni, ms diamond nak berkongsi resepi soto ayam dengan begedil yang ms diamond
buat masa hari raya aidiladha tempoh hari. Pertama kali mencuba buat soto
sendiri dan menjadi pula, ms diamond suka untuk berkongsi dengan
sahabat-sahabat. Dimakan dengan begedil kentang, bertambah-tambah kesedapannya.
Resepi asal adalah dari Mingguan Wanita online, diolah sedikit sesuka hati ms
diamond. Hehe. Terima kasih empunya resepi yang sedap!
Jom tengok resepi.
Jom tengok resepi.
Bahan-Bahan Sup;
1
ekor ayam dipotong 4 (ms diamond hanya menggunakan 2 bahagian ayam sahaja)
*5
ulas bawang merah
*6
ulas bawang putih
*Halia
½ inch
*Kunyit
1 inch
Bahan
bertanda * dikisar. Tapi ms diamond pilih untuk tumbuk kesemua bahan.
4
batang serai (diketuk)
2
paket kecil rempah kurma
1
paket kecil rempah sup
1
kiub pati ayam
Sup
bunjut tulang
Cara-Cara;
1. Panaskan
minyak dan tumiskan 5 sekawan yang ada di dalam sup bunjut tulang.
2. Masukkan
serai dan bahan-bahan kisar. Tumis sampai keluar minyak
3. Masukkan
rempah kurma dan rempah sup. Jika takut rempah hangit, boleh buat pes rempah
dengan ditambah air.
4. Bila
rempah naik minyak, masukkan ayam dan gaul rata.
5. Masukkan
sup bunjut dan sedikit air, gaul rata.
6. Bila
ayam dah kecut, masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.
7. Bila
ayam dah masak, keluarkan. Masa ni, sup dah berkurang, boleh tambahkan air ikut
kepekatan sup yang kita inginkan. Perasakan dengan garam
Bahan-Bahan Soto;
Nasi
Impit & beehon
Tauge
(tidak perlu dicelur)
Daun
sup 7 daun bawang
Kacang
tanah goring
Bawang
Goreng
Ayam
Racik
Sambal
Kicap
Begedil
ayam
Bahan-Bahan Sambal Kicap;
Cili
padi
1
ulas bawang putih
Limau
Nipis
Kicap
lemak manis
Cara-cara;
1. Kisar
cili padi, bawang putih dan kicap.
2. Masak
bahan yang telah dikisar, perahkan sedikit limau nipis.
Bahan-Bahan Begedil;
500g
kentang (5-6 biji kentang bersaiz sederhana)
200g
isi ayam/ ayam/daging kisar
Daun
bawang atau daun kucai
Telur
Lada
hitam
Garam
Cara-Cara;
1. Potong
kentang sederhana tebal.
2. Goreng
ayam tanpa kunyit dan garam. Carik-carikkan isi ayam atau lenyekkan ia.
3. Goreng
kentang sehingga masak. Biarkan kentang sejuk seketika kemudian baru lenyekkan
kentang.
4. Masukkan
ayam, daun bawang, lada hitam dan garam.
5. Bentukkan
bulat mengikut siaz yang dikehendaki.
6. Celupkan
dengan telur dan goreng.
*untuk
begedil ni, ms diamond gunakan ayam segar dan carik-carikkan ayam sendiri tanpa
dikisar. Isi ayam lebih terasa. Paklong suka sangat dengan begedil ni, banyak
juga paklong makan.
Selamat
Mencuba!
Love,
Ms
Diamond,
Rembau,
Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment