Friday, 10 August 2018

Tutup Lampu, Kawan!







Bunyi ‘whatsapp’ masuk. Oh, dari kakak. Shara berhenti seketika dari kesibukan kerjanya 
dan melayan whatsapp dari kakak kesayangannya itu.

“Dik, buat apa tu? Sibuk ke?” sapa kakak memulakan perbualan.

“Buat kerja sikit, nak kena siapkan . Takde lah sibuk mana.” balas Shara.

“Weyh, aku bengang gila dengan 'roommate' aku." sepertinya kakak ingin meluahkan  perasaan.

“Apa pasal pulak ni?” tanya Shara

"Aku nak tidur, tapi dia boleh buat tak tau je sibuk main 'phone' dengan lampu terpasang sampai lewat malam. Dengan bising bunyi 'phone' dia 'whatsappp' masuk.” kakak memulakan cerita.

“Bagi tau la dia nak tidur, suruh dia tutup lampu.” ringkas Shara memberi jalan penyelesaian.

Aku dah buat-buat selubung dengan selimut dah. Takkan tak faham. Aku malas lah nak cakap dengan orang yang tak ada ‘common sense’ ni.” cerita kakak.

“Dah tu, tutup la lampu sendiri.” balas Shara memberi solusi yang lain .

“Malas la pulak nak cari pasal, aku orang baru kat sini.” kakak sepertinya masih tidak berpuas hati. 

“Tapi tu lah, aku bangun awal pagi pun tak pernah aku bukak lampu ganggu dia nak tidur. Aku ambil barang semua dalam gelap, nak buka tutup pintu pun aku buat perlahan-lahan. Tak nak ganggu dia punya pasal. Aku jaga hak dia. Tapi, dia pulak boleh selamba main phone bising-bising dengan lampu terpasang masa aku nak tidur.”  ya, kakak  dah mula membebel.

“Laaa, kita hormat orang bukan sebab kita ingin dihormati.” Shara cuba membetulkan salah faham kakak.

“Kerana selayaknya dia dihormati. Hak dia yang harus kita tunaikan.” tambah Shara.

“Tau tu adik, tapi yang baik mestilah dibalas baik.” balas kakak.

“Tak kisah semuanya tu, yang penting kita tak buat jahat dengan orang dan kita buat seadilnya terhadap orang lain.” tegas Shara menyatakan prinsipnya yang membuatkan kakak terpaksa akur.


..................................................................................


Dalam hidup ini, kita sering inginkan kebaikan kita dibalas dengan yang setimpal dengannya. Dan juga kita ingin dilayan seperti mana kita melayani orang lain. Tidak sedikit pun kita reda jika hak kita dikurangi lebih-lebih lagi jika kita telah menunaikan hak orang itu dengan sebaiknya. Berbuat baiklah tanpa minta untuk dibalas. Jangan cepat melatah jika hak kita dikurangi. Tetaplah berbuat baik dan menunaikan hak di setiap keadaan, di saat susah maupun mudah, suka atau benci. Kerana sekecil apa pun kebaikan, tak akan pernah disia-siakan olehNya. Mungkin sahaja kita akan beroleh kebaikan di kemudian hari di saat kita amat memerlukannya nanti hasil dari kebaikan yang kita lakukan atau hak yang kita tunaikan pada hari ini. Atau mungkin ia tersimpan berupa pahala di akhirat nanti yang menjadi pemberat buat timbangan kita yang memudahkan jalan kita menuju syurgaNya.
 Berbuat baiklah dan bersangka baiklah. 




Intan Mohammadi, 
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment