Friday, 24 August 2018

Cempedak Goreng Crispy





Kalau di bandar, ia ibarat ketulan emas. 1 ketul cempedak goreng RM1. Peniaga pula agak cerdik, jual terus satu paket RM5 (ada 5 ketul) sebab tak nak bagi pelanggan rasa mahal jika disebut 1 ketul = RM1. Pelanggan yang bijak akan tanya ada berapa ketul dalam satu paket, tapi ada juga yang tidak banyak bertanya terus sahaja beli. 


Kalau di kampung, dapat merasa cempedak hasil atok nenek kita tanam dulu-dulu. Wan Ijah dah lama pergi, tapi hari ini, cucu dapat merasa cempedak wan. Manis! Alhamdulillah. Semoga pahala terus mengalir buat arwah wan. 

Di antara berbuat ihsan dalam bertani adalah selalu mengharapkan pahala dari Allah. Nabi sallahu 'alaihi wasallam bersabda;


"Tidaklah seorang muslim menabur benih atau menanam sesuatu, lalu dimakan oleh burung, manusia atau binatang lainya, maka itu dihitung sebagai sedekah baginya." - HR Bukhari, no. 2320.

Imam An-Nawawi menerangkan, hadis menunjukkan keutamaan menanam dan bertani dan bahawa pahala dari perbuatan tersebut selalu mengalir selama tanaman itu dan apa yang dihasilkan darinya masih ada sampai hari kiamat. 



p/s: hadis dan penerangan dari buku MERAIH PUNCAK IHSAN. MasyaAllah, buku yang sangat bagus! Beli di Pustaka Bushra.




Bahan-Bahan;


1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Air


Cara- Cara;


1. Di dalam satu bekas, masukkan tepung gandum dan tepung beras.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan sedikit pekat ye untuk mendapatkan texture luar yang rangup. (Tapi jangan terlalu pekat, sedang-sedang untuk cempedak dapat disaluti keseluruhan dengan tepung).
3. Goreng dengan api sederhana.


Love,
Intan Mohammadi,
Rembau, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment