Friday, 24 August 2018

Karipap Kulit Rangup Dengan Initi Kentang dan Ayam Sedap!


Dunia adalah perhiasan 
dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.




Pernikahan adalah ibadah yang paling lama yang memerlukan kedua-dua suami dan isteri untuk terus belajar dan memperbaiki diri. Setiap dari kita pasti mengimpikan perkahwinan yang bahagia serta keluarga yang harmoni. Justeru, permulaan dari memilih calon pasangan adalah penting agar tidak salah dalam memilih. Buat lelaki, Rasulullah telah berwasiat;


Wanita dinikahi kerana empat perkara: kerana kehormatannya, hartanya, kecantikannya dan agmanya. Maka pilihlah yang mempunyai agama nescaya kamu akan bahagia.” HR Bukhari, No. 5090 & Muslim, No. 1466.

Manakala bagi kaum wanita pula, secara umum mereka boleh memilih pendamping hiudp kerana nasab, agama, akhlak, pekerjaan dan keserasian. Namun pilihan utama adalah agama dan akhlaknya sebagaimana sabada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, mafhumnya;

“Apabila kamu didatangi orang yang kamu sukai agama dan akhlaknya, maka kahwinkan ia. Jika kalian tidak melakukannya, maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.” – Hadis Sahih riwayat At-Tirmizi, 1084-1085.




Tidak kira sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau menunggu usia yang matang, masing-masing perlu bijak dalam memilih calon pasangan kerana perkahwinan adalah masa depan. Bukan didasarkan atas nama cinta semata, tetapi yang paling utama adalah kedua-dua belah pihak mempunyai matlamat dan arah tuju perkahwinan yang sama. Antaranya, masing-masing jelas dan faham bahawa pernikahan adalah satu ibadah untuk meraih redha Ilahi. Dengan demikian, sebesar apapun badai yang melanda, bahtera perkahwinan akan tetap berlayar sampai ke penghujungnya iaitu syurga Allah. Dan yang paling utama adalah dalam membentuk anak-anak generasi soleh dan solehah. Jika suami isteri pada awalnya mempunyai tujuan yang sama untuk melahirkan generasi yang cinta Al-Quran dan Sunnah melalui perkahwinan yang dibina, maka perkara ini akan menjadi lebih mudah. Ya, bagaimana acuan, begitu jualah kuihnya. Kedua ibu bapa sangat memainkan peranan penting dalam mencorakkan generasi akan datang.

“Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik."-HR Muslim

Anak-anak akan menjadi soleh sekiranya Baitul Muslim yang benar dapat didirikan oleh ibu bapa. Maka, mulailah perkahwinan dengan tujuan yang benar dalam meraih redhaNya dan juga ilmu! Bacaan yang amat menarik dalam mempersiapkan diri untuk mengemban amanah dan tanggungjawab yang amat besar dan berat ini adalah CERDAS MEMILIH JODOH, tulisan Ust. Zainal Abidin Syamsuddin dan RUMAH MUSLIM, tulisan Muhammad Salih Al-Munajjid. Kedua-dua buku ini sangat bagus  dan perbahasannya yang sangat jelas.

Buku ni hadiah dari sahabat baik. 
Boleh cuba dapatkan ia di 
Pustaka Bushra atau
 Ilmu Atsar Online


Buku pertama, CERDAS MEMILIH JODOH sangat membuka minda pembaca bukan sahaja membantu dalam memilih kriteria terbaik calon pasangan malah ia juga menjadi rujukan bagaimana untuk menjadi calon terbaik. Perbahasan utama buku ini adalah kriteria calon suami dan isteri terbaik (lelaki dambaan wanita dan wanita dambaan lelaki). Sekiranya anda seorang wanita, kedua-dua perbahasan sangat berinformasi dalam membentuk diri menjadi wanita dambaan lelaki dan juga dalam mencari lelaki yang terbaik sebagai ketua keluarga buat diri dan anak-anak.


Tak ingat beli di mana, boleh cuba
 dapatkan melalui penerbit buku, 
Dakwah Corner Malaysia


Buku kedua RUMAH MUSLIM pula sangat baik terutama buat ketua keluarga sebagai panduan membina rumah yang diredhai Allah. Buku ini dimulai dengan perkara paling utama dalam membina keluarga adalah dengan memilih calon isteri yang tepat dan juga peranan suami untuk membentuk dan membimbing isteri agar menjadi solehah. Seterusnya terdapat 40 nasihat berpandukan Al-Quran dan Sunnah dalam membina Rumah Muslim yang diberkati. 

Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang. – Al-Baqarah, 128.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. – Al-Furqan, 74. 

Selamat Pengantin Baru buat sahabat-sahabat yang baru dan akan mendirikan rumah tangga. Baarakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama' bainakuma fi khair. Semoga memperoleh keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah dan semoga rumah tangga yang dibina dihiasi dengan anak-anak yang soleh, penyejuk mata dan sebagai bekal di akhirat nanti. Aamiin.




Entry kali ni ms diamond nak berkongsi respi karipap yang rangup dan sedap. Resepi dari mak ms diamond. Dulu, zaman sekolah, mak selalu buat karipap dan frozenkan. Pulang dari sekolah selalunya sudah lewat petang, memang sangat suka makan karipap mak, lebih-lebih lagi bila ada karipap frozen mak, keluarkan saja dari peti dan boleh goreng dan makan. Karipap mak sememangnya favourite ms diamond, kulit karipap yang rangup dan inti yang sangat sedap! Kebetulan mak dah lama sangat tak buat karipap, ms diamond rajin-rajinkan diri belajar buat karipap dari mak. Senang sahaja buat karipap sebenarnya. Cumanya yang agak penat dan bosan bagi ms diamond adalah proses klim karipap, sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Lebih-lebih lagi ms diamond ni jenis yang suka buat kerja cantik-cantik dan kemas. Walaupun baru percubaan pertama untuk klim karipap sendiri, ms diamond sangat teruja untuk dapatkan klim yang cantik dan kemas! Satu kepuasan sebenarnya walaupun agak memenatkan. Lepas ni dah boleh buat sendiri di rumah sahaja, tidak perlu beli di luar.


Ok, jom kita tengok resepi!.


Bahan-Bahan Inti Kentang dan Ayam;


5 biji kentang sederhana besar
Pes Kari ( 3 sudu besar rempah kari + air)
1 ulas bawang merah
Air rendaman kentang
3 helai daun kari

Cara-Cara;


1. Potong dadu kecil kentang dan rendam di dalam bekas yang berisi air.
2. Tumiskan bawang, masukkan pes rempah kari. Biarkan seketika sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan biarkan ayam masak seketika.
4. Masukkan kentang dah setengah air rendaman kentang.  Masukkan daun kari dan garam. Biarkan kentang sehingga masak dan sedikit kering.
*air tu tak kisah banyak mana, janji cukup sehingga kentang empuk dan masak. 
*tak perlu tambah perasa lain seperti ajinamoto dan seangkatan dengannya. lebih sihat dan memang dah sedap pun, kan?

Bahan-Bahan Kulit Karipap; 


500g cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak -boleh kurangkan kepada ½ cawan
3 sudu besar mergerin - lebihkan 1-2 sudu jika minyak dikurangkan
1 cawan air *atau kurang

Cara-Cara;


1. Masukkan tepung di dalam satu bekas besar
2. Panaskan minyak dan mentega. Masukkan minyak panas ke dalam tepung. Kacau dengan senduk sebab minyak panas. Gaul sehingga menjadi seperti 'bread crumb'
3. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli.
*ms diamond tak letak garam untuk dough karipap sebab dah gunakan margerin.

Cara-Cara Menyediakan Karipap;



1. Bulat-bulatkan dough mengikut saiz yang diinginkan.
2. Ambil satu dough dan canaikan bentuk bulat, sederhana tebal.
3. Masukkan inti, jangan terlalu banyak takut dough pecah.
4. Lipat dan kemaskan tepinya.
5. Kelim kemas karipap agar tidak terbuka ketika menggoreng.
6. Ulang proses yang sama sehingga habis dough.
7. Goreng karipap dengan api kecil bagi mengelakkan kulit karipap menggelembung.
*boleh juga frozenkan karipap dengan cara gorengkan sekejap karipap dan susun di dalam bekas kedap udara atau plastik dan simpan di dalam peti sejuk beku.


Selamat Mencuba!


Love,
Ms Diamond,
Rembau, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment