السلام عليكم ورحمة الله وبركته
Apa khabar sahabat semua? Diharapkan sahabat semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah puasa, menggandakan amalan dan ibadah lebih-lebih lagi kita berada di 10 ramadan yang terakhir. marilah kita sama-sama rebut peluang untuk bertemu dengan satu malam yang sangat istimewa, LAILATUL QADR, malam yang lebih baik dari seribu malam, malam dimana diberikan pengampunan untuk dosa-dosa yang lalu.
Allah berfirman,:
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ. لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Tahukah kamu apa itu lailatul qadar? Lailatul qadar lebih baik daripada
seribu bulan.” (Q.s. Al-Qadar:2–3)
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Siapa yang melakukan qiyamul lail di malam qadar maka akan diampuni
dosa-dosanya yang telah lewat. (HR. Bukhari 1901 & Muslim 1817).
Maka, amat beruntunglah sesiapa yang dapat bertemu dengannya dan perbanyakkanlah
doa ini:
اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka
maafkanlah diriku.
boleh rujuk di link ini: http://www.konsultasisyariah.com/doa-ketika-lailatul-qadar/
Sebenarnya hati ni rindu nak ber'baking'. tapi apakan daya, masa tidak
mengizinkan. Banyak commitment lain yang lebih utama. then, sempat tengok
gambar-gambar kek yang lama. seronok je rasa tengok hasil tangan kita yang dah
buat. kadang-kadang tu macam tak percaya, macam mana boleh buat semua tu
eh?saya buat ke ni?hee..
jadinya, saya nak kongsi salah satu kek kegemaran saya iaitu CHOCOLATE
CHEESE CAKE..tengok je mesti dah terliur..haha..kek ni istimewa sebab dia kukus
yang membuatkan dia jadi sangat lembab dan lembut. rasa dia penuh
kecoklatan..haha..sila baca 'full of chocolate'. memang sangat puas bagi
peminat kek coklat. dan sudah tentunya saya guna serbuk koko jenama VAN HOUTEN
ye kalau nak dapat kek coklat yang sedap. tapi terpulang la kalau suka jenama
yang lain. ikut selera masing-masing.
gambar ni buat saya terliur!! sangat moist.. |
baiklah, ini resepi kek coklat keju
Resepi Kek Coklat:
Bahan-bahan
Bahan A (ayak 3x)
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sk baking powder & soda bikarbonat
Bahan B (cairkan di atas api kecil)
2 cawan mentega
1 3/4 cawan gula kastor
1 cawan susu segar
Bahan C
4 biji telur gred B
1 sk esen vanilla
Cara-Cara
1- Langkah pertama setiap kali nak buat kek mestilah ayak tepung. so, ayak
kesemua bahan A sebanyak 3 kali
kek sebelum dihias |
2- Di dalam periuk, atas api yang kecil, cairkan mentega, kemudian mauskkan
gula dan seterusnya masukkan susu. tutup api, dan biarkan ia sejuk sebentar.
3- Sementara itu, asingkan telur kuning dan putih. Pukul telur putih, tak
perlu kembang sangat.
4- Masukkan telur kuning ke dalam bekas adunan mentega, gula dan susu yang
telah dicairkan tadi. kemudian masukkan telur putih dan kacau sehingga sebati.
5- Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi dan kacau sehingga sebati.
6- Masukkan sedikit esen vanilla.
Resepi Lapisan Cheese:
Bahan-Bahan
250 g cream cheese
1 biji telur gred B
50 g gula kastor
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air
esen vanilla
Cara-Cara
1- Putar cream cheese sehingga
lembut
2- Masukkan gula kastor
kemudian masukkan telur. putar kesemua bahan sehingga sebati
3- Masukkan tepung gandum, air
dan esen vanilla. kacau sehingga sebati.
kemudian, bila dah ada kedua-dua adunan kek coklat dan cheese, bahagikan
adunan kek coklat kepada dua dan kukus satu adunan kek coklat terlebih dahulu.
seterusnya, setelah kek masak, masukkan adunan cheese dan setelah cheese masak,
masukkan adunan kek coklat yang selebihnya.
Siap..dan boleh hias mengikut kreativiti masing-masing dengan chocolate
ganache.
Masih ingat kek ni. siapkan kek ni, tempahan sari seorang kawan sehingga jam 3 pagi. tido je, hati berbunga riang dan tersenyum sebab kek berjaya disiapkan dengan jayanya |
p/s: resepi kek ni mencecah seberat 1.4 kg, jadinya perlukan loyang kek
yang lebih besar
cabaran buat kek lapis chocolate cheese ni adalah ambil masa yang lama
terutamanya untuk lapisan yang ketiga. selalunya ambil masa 2-3 jam untuk masak
sepenuhnya. boleh cuba cucuk dengan lidi untuk pastikan sama ada dah masak atau
belum.tapi, kadang-kadang nampak macam
dah masak, sebenarnya belum masak lagi dan bila nak keluarkan kek, kek hancur.
sebab tu saya tunggu lama sikit sampai puas hati dan rasa yakin kek betul-betul
dah masak.
SELAMAT MENCUBA!!