Friday, 15 March 2019

Anak dan Harta Yang Banyak, Tanda Allah Cinta?



(Tadabbur Surah Saba’ Ayat 34-39)
Tafsir Ibnu Katsir, Pustaka Imam Syafie.



"...kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh 
dan diperintahkan untuk ditetapkan empat perkara, 
yaitu rezekinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya." 
(HR Bukhari & Muslim)





Allah Tabaraka wa Ta’ala mengabarkan tentang orang-orang yang hidup mewah dari para pendusta,

“Dan mereka berkata: ‘Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak akan di adzab.” – Saba’; 35

Iaitu, mereka menyombongkan diri dengan banyaknya harta dan anak, serta mereka berkeyakinan bahawa hal tersebut sebagai bukti Allah mencintai dan memperhatikan mereka. Mereka pula berkeyakinan bahawa Dia tidak mungkin memberikan semua ini di dunia, kemudian menyiksanya di akhirat kelak. Sungguh amat jauh apa yang mereka sangkakan tersebut. Tentang hal ini, Allah berfirman;

“Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki akan mengadzab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka dalam keadaan kafir.” – At-Taubah; 55




Ayat seterusnya Allah mengabarkan bahawa Dialah yang memberikan harta kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan kefakiran kepada sesiapa yang Dia kehendaki yang Dia senangi mahupun tidak senangi.

Kemudian Allah menekankan di ayat seterusnya bahawa harta dan anak yang banyak bukanlah suatu bukti tentang kecintaan dan perhatian Allah kepada mereka.

“Dan sesekali bukanlah harta dan bukan pula anak-anakmu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikit pun…” – Saba’;37

Imam Ahmad rahimahullah berkata dari Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu, bahawa rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda;

“Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak memandang pada rupa dan harta kalian. Akan tetapi Dia hanya memandang kepada hati dan amal-amal kalian.” – HR Muslim dan Ibnu Majah

Untuk itu, Allah Ta’ala berfirman;

“…tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh…” – Saba’;37

Iaitu, sekali-kali yang dapat mendekatkan diri kalian di sisi Kami adalah keimanan dan amal soleh.




Seterusnya, sekali lagi Allah menegaskan bahawa Dia melapangkan rezeki sesuai dengan kebijaksanaanNya, Dia melapangkan rezeki yang banyak kepada seseorang menyempitkannya pula kepada orang lain dan amagt menekan rezekiNya kepada orang lain pula. Semua itu pasti mengandung hikmah yang taj dapat diketahui oleh selainNya. Sebagaimana Allah berfirman;

“Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain. Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnyadan lebih besar keutamaannya.” – Al-Israa’;21




Iaitu sebagaimana mereka bertingkat-tingkat di dunia, yang satu sangat fakir dan sempit, sedangkan satu lagi sangat kaya raya, maka begitu pula mereka di akhirat, yang satu di kamar-kamar lagi berada di tempat yang tinggi dan yang lain berada di tempat yang paling terendah di dalam Neraka. Dan sebaik-baik manusia sebagaiman yang disabdakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam;

“Sungguh amat beruntung orang yang beragama Islam, diberikan rezeki cukup, dan dikurnai rasa puas (qana’ah) oleh Allah dengan apa yang didapatkannya.” (HR Muslim) 


Wallahu 'Alam 
Semoga beroleh manfaat!




Love,
Intan Mohammadi
Rembau, Negeri Sembilan.

Sunday, 10 March 2019

Warna-Warni Sayur Campur Blackpepper


Orang hebat itu adalah orang yang mampu mewarnai hidup orang lain 
dengan warna yang ceria 
dan warna yang memberi semangat serta kebahagiaan. 
Bukan terwarnai oleh orang lain, 
apa lagi dengan warna-warna yang suram dan kusam.



Sayur Campur Blackpepper 

Bahan-bahan;

1 biji bawang merah
Lobak merah
Kubis bunga
Brokoli
Cendawan butang
1 sudu besar sos tiram
Lada hitam (ditumbuk lumat)
Air secukupnya
1/2 sudu kecil tepung jagung


Cara-cara;

1. Potong semua sayur-sayur

2. Tumis bawang. Masukkan sos tiram, air dan lada hitam.
*boleh letak kicap 1/2 sudu kecil nak bagi warna gelap sikit. Taknak pun tak apa.

3.Masukkan kubis bunga dan lobak dulu. Kemudian masukkan brokoli dan cendawan.

4. Masak seketika dan masukkan paste tepung jagung untuk bagi kuah pekat.

5. Siap! 
*tak letak garam sebab dah guna sos tiram. 


Love, 
Ms Diamond, 
Rembau, Negeri Sembilan

Crispy Chicken Popcorn








Bahan-bahan A
(Perapan Ayam)

6 ketul ayam bahagian isi (dipotong dadu)
2 sudu besar cili kisar/cili boh (boleh gantikan dengan serbuk cili)
Garam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya

Bahan B

1/2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung beras
Telur
Serbuk lada hitam/chilli flakes


Cara-cara;

1. Perap ayam dengan bahan A
2. Celupkan ayam dengan telur
3. Salutkan dengan campuran tepung gandum dan tepung beras
4. Goreng ayam sehingga masak dan garing
5. Tabur serbuk lada hitam atau chilli flakes untuk lebih rasa pedas
6. Siap! 



Love, 
Ms Dimaond, 
Rembau, Negeri Sembilan.

Tuesday, 26 February 2019

‘Countdown’ Ramadan – Persiapan Menyambut Ramadan

Layaknya pandangan mata nabi Ya’qub yang terbebas dari kebutaan
kerana mencium aroma baju nabi Yusuf,
seorang pendosa juga akan terbuka mata hatinya
ketika mencium aroma Ramadan.




Tidak lama lagi, umat islam akan bertemu dengan bulan yang mulia iaitu Ramadan. Bulan yang penuh rahmat dan bulan pengampunan. Di bulan ini bukan sahaja syaitan dibelenggu, malah pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Rasulullah sallalahu ‘alaihi wasallam bersabda mafhumnya:

“Pada malam pertama Ramadan setan-setan dan jin yang ingkar dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tiada satu pun pintu yang terbuka da nada penyeru yang berseru, ‘Wahai pencari kebaikan, kemarilah. Wahai pencuri keburukan, kembalilah.’ “ – HR Tirmidzi, No. 682. Dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam kitab Sahih Al-Jami’.

Ramadan adalah tetamu yang mulia buat orang beriman. Dan selayaknya orang-orang beriman untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan bulan ini. Rasulullah sallalahu ‘alaihi wasallam bersabda mafhumnya:

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala (dari Allah) maka diampuni dosanya yang telah lalu.” – Muttafaq ‘alaihi.

Justeru, bagaimana kita harus bersikap atau bagaimana kita mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan Ramadan? Berikut adalah beberapa perkara yang harus kita lakukan jika kita benar-benar ingin menyambut bulan mulia ini dengan penuh keimanan seterusnya mengharapkan pahala dari Allah Ta’ala.

Persiapan Menyambut Ramadan

Memperbaharui Taubat

Kewajipan pertama untuk persiapan Ramadan adalah taubat. Semoga kita dikurniakan Allah taubat nasuha agar Dia redha kepada kita. Sesungguhnya taubat itu adalah kewajipan buat muslim di setiap masa. Taubat di sini mencakupi skop yang luas lebih dari yang kita fahami selama ini di mana ia mencakup taubat zahir dan batin. Antaranya adalah taubat dari bentuk kehidupan yang kita jalani saat ini, taubat dari menyia-nyiakan waktu dan taubat dari sifat malas, taubat dari pola fikir kita miliki serta taubat hati dan taubat dari panjang angan-angan.

Melatih Diri Untuk Enggan Kepada Kemaksiatan

Secara fitrah, hati manusia membenci kemaksiatan. Tetapi sebagaimana diketahui fitrah boleh berubah-ubah. Oleh yang demikian, sebelum tibanya Ramadan, kita harus berusaha untuk mengembalikan fitrah ini kedalam hati bila ia telah hilang atau memperkuatnya bila telah melemah.

Tekad yang Tinggi Diimbangi Dengan Amal Nyata

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda mafhumnya:

“Sekiranya keimanan itu ada di bintang soraya, tentu banyak yang bisa menggapainya.” – Muttafaqun ‘alaihi

Ibnul Qoyyim rahumahullah berkata, “Memperoleh kedudukan tertinggi berkaitan erat dengan tekad yang tinggi dan niat yang benar.” Berbicara itu mudah, seringkali kita terpedaya oleh angan-angan. Tetapi, bilakah kita mampu memberikan amal nyata? Seharusnya waktu-waktu seperti ini, waktu menghampirinya Ramadan, kita wujudkan latihan untuk memperkuatkan tekad agar kita memasuki bulan mulia tersebut dengan tekad yang tinggi.

Dikisahkan bahawa Abu Muslim Al-Khaulani menggantung cemeti di masjid rumahnya unutk mendidik jiwanya, Ketika kakinya enggan unutk berdiri, ia memukulnya dengan cemeti tersebut lalu berkata, “Berdirilah, demi Allah aku akan menarikmu kuat-kuat. Kerana keletihan itu datang darimu (kaki), bukan dariku.”

Abu Darda’ berkata kepada Shubaih, “Wahai Shubaih, biasakanlah dirimu dengan ibadah. Ibadah itu mempunyai kebiasaan, bahawasanya tidak ada di atas bumi ini sesuatu yang merasa keberatan menjalankan ibadah selain orang kafir.”

Ya, seharusnya kita membuat persiapan sebenar-benarnya; persiapan praktis sebelum Ramadan datang. Harus ada latihan-latihan untuk memperkuat tekad. Sebagai contoh, persiapkanlah satu malam sebagai malam sujud. Habiskanlah malam itu untuk sujud yang panjang disertai ketundukan, tangisan, rasa harap dan takut. Persiapkan pula satu malam untuk membaca dan mengulang-ulang satu ayat saja, menangis dan merenungkannya sampai pagi.

Mohonlah pertolongan kepada Allah Ta’ala, jangan kita lemah. Ketahuilah bahawa kemenangan itu datang bersama kesabaran, kebahagiaan itu ada bersama kesulitan, bahawasanya setelah kesukaran ada kemudahan.


Rujukan: Panduan Lengkap Ibadah Ramadhan, Muhammad Husain Ya’qub, 2009, Insan Kamil. 

Link review buku boleh baca di sini PANDUAN LENGKAP IBADAH RAMADHAN



Wallahu ‘Alam,
Semoga bertemu di ‘entry’ berikutnya jika diizinkan Allah.




Love,
Intan Mohammadi,
Rembau, Negeri Sembilan.

Thursday, 10 January 2019

The Noble Character, Karya PiS


"I was sent to perfect noble character."
(Narrated by Al-Bayhaqi, authenticated by Syaikh Al-Albani)


Assalamualaikum kawan-kawan. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan hati yang tenang buat kalian semua untuk menjalani kehidupan hari ini dan hari-hari akan datang. Yang terutama ianya sebagai sarana untuk beribadah yang bukan sahaja solat, zakat, puasa dan umrah atau haji, bahkan seorang ayah keluar bekerja mencari nafkah buat keluarga juga ibadah, mahasiswa mahasiswi yang hadir ke kuliah dan kelas juga adalah bentuk ibadah hatta seorang suri rumah tangga yang sibuk menguruskan rumah dan anak-anaknya juga bernilai ibadah disisi Allah. insyaAllah.

Masih lagi dalam ‘mood’ tahun baru kan? Banyak perancangan yang ingin diatur dan ingin dicapai. Untuk tahun baru ni, saya nak mulakan entry di blog ini dengan ‘book review’ sebuah buku bertema ‘akhlak’. Tertarik untuk buat review buku tentang akhlak sebab book review yang satu ini “Aktualisasi Akhlak Muslim” mendapat sambutan yang sangat menggalakkan (diluar jangkaan) dimana ia adalah book review yang mempunyai view yang tertinggi buat masa ini. Walaupun bila baca balik ‘content’ tersebut penuh dengan kekurangan dan banyak yang harus diperbaiki, ‘ala kulli hal, Alhamdulillah, semoga memberi manfaat buat orang-orang yang inginkan kebaikan.

Nak berbicara tentang ilmu, empunya diri bukanlah seorang yang berilmu tinggi, dan nak memberi nasihat tentang akhlak mulia, diri ini jauh dari kesempurnaan memiliki pekerti yang mulia yang sentiasa menyenangkan orang sekeliling. Setidaknya, apa yang saya boleh kongsikan buat kawan-kawan adalah ‘A MUST READ BOOK’, buku yang bermanfaat dan memberi kesan mendalam buat pembaca, insyaAllah.

Ok, jom kita mulakan!




Tajuk Buku: The Noble Character (Makarim al-Al-Akhlaq)

Penerbit: Karya PiS (Malaysia) https://karyapis.com/

Pengarang: Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaymin

Bilangan muka surat: 105 muka surat

Bahasa: Dwibahasa (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)

Ringkasan Buku:

Naskah ini adalah hasil dari kuliah Syeikh al-Uthaimin yang dibukukan. Judul asal buku ini adalah “Makarim al-Akhlaq”. Asal buku ini adalah dalam bahasa arab kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris dan menariknya buku ini didatangkan sekali dengan skrip asal di dalam bahasa arab, siap baris! Sangat ‘convenient’! Harus diberi setinggi-tinggi penghargaan buat penerbit yang menerbitkan buku dwibahasa ini lebih-lebih lagi arab-inggeris atau arab-melayu.


Perbincangan buku ini dimulakan dengan definisi akhlak. Buku ini mendefinisikan akhlak sebagai:

“…akhlaq is an inner picture of a person in which he displays it in his or her nature.” – The Noble Character, p. 14.

Di dalam bab ini juga dibincangkan tentang asal-usul (origin of) akhlak. Adakah ia datang secara alami, sejak azali menjadi keperibadian seseorang atau didapatkan dengan cara berusaha keras untuk memiliki keperibadian yang baik tersebut? Buku ini dengan ringkas dan jelas menerangkan bahawa akhlak mulia boleh didapatkan melalui kedua-dua cara. Ada yang Allah anugerahkan buat hambaNya dengan sifat semulajadi yang mulia, sentiasa tenang, tidak mudah marah dan pemaaf. Ada juga orang yang memiliki akhlak yang baik dengan usaha dan melatih diri. Golongan pertama sangat beruntung kerana tidak perlu bersusah payah melatih diri untuk menjadi pemaaf, menahan amarah seperti golongan kedua.

When good character has become part of one’s personality, it will become natural for that person, and it does not matter to him to get used to the behaviour, nor does it require him to get used to do good things. However, this is the blessing from Allah given to whomever He pleases, so whoever is not endowed with good nature, then he may get that nature by practice and to get used to it by himself…” – The Noble Character, p. 16.

Ditegaskan di dalam buku ini bahawa akhlak mulia itu merangkumi akhlak mulia kepada Pencipta dan makhluk. Ramai yang masih salah faham dengan lebih menekankan akhlak mulia sesama makhluk sahaja i.e. manusia lainnya, haiwan dan alam, lupa untuk berakhlak mulia kepada Allah, Pencipta sekalian alam. Tiga pondasi adab atau akhlak mulia kepada Allah adalah dengan membenarkan setiap berita dan perkhabaran dari Allah, mengamalkan setiap perintah dan hukumNya dan menerima takdirNya dengan sabar dan redha.

“A servant should not hesitate to justify the news from Allah, because the information from Allah comes with knowledge and the words of Allah is the best of words.” – The Noble Character, p. 32.

“A believer will not reject the laws and principles of Allah. When he rejects the law of Allah, he is having bad character to Allah, whether by rejecting the law because of disobedience to Him, for being arrogant in practicing the law or he underestimates the method of practicing the law. All of these make a person to have bad character to Allah.” – The Noble Character, p. 40.

“We all know that fate from Allah arranged for each of His beings is not all pleasant. Do all Allah’s destined fate appease us? That our souls want it, and feel pleased with it? Well the truth is, no… Having good character to Allah relating with His destiny is by the way you accept what Allah has determined for you, you feel calm towards what’s destined…by accepting, calm and submissive.” – The Noble Character, p.48-50.

Seterusnya, akhlak mulia sesama makhluk pula dibincangkan di dalam buku ini. Antaranya, tidak menganggu orang lain, melakukan kebaikan kepada orang lain seperti bersedekah, meringankan beban orang yang sedang ditimpa musibah dan pemaaf serta berlapang dada.

“Among the good example of good character includes when you are mistreated or someone did bad to you then you forgive and do good to him. Indeed, Allah commends those who forgive others.” – The Noble Character, p.58.

Untuk berbuat baik kepada orang-orang yang sudah berbuat baik dengan kita itu sangat mudah. Namun, untuk memaafkan orang yang telah berlaku buruk kepada kita bukanlah perkara yang mudah apa lagi untuk berlaku baik kepadanya. Tetapi Allah berfirman:

“And when you forgive it is closer to righteousness.” – Al-Baqarah; 237

“They should forgive and do good deeds.” – An-Nur; 22

“So whoever forgives the guilty and does good (to them) then the reward is from Allah.” – As-Syura; 40

Benar, tidak mudah untuk membalas kejahatan dengan kebaikan. Tetapi tidak mustahil kerana itulah peribadi penghuni syurga yang Allah sebutkan di dalam surah Ali-Imran; 134:

“Those who donate their wealth in times of ease and hardship and those who hold their anger and those who forgives the wrongdoers and (remember) Allah loves those who do good deeds.”

Diterangkan juga di dalam buku ini cara-cara untuk memiliki akhlak mulia dengan cara ‘usaha’. Akhlak mulia boleh dibentuk dalam diri dengan pelbagai cara. Antaranya seperti yang disebutkan di dalam buku ini adalah dengan memperhatikan dan memahami nas-nas dari Al-Quran dan Hadits yang menganjurkan untuk berperibadi mulia. Terdapat banyak ayat-ayat dari Al-Quran menyuruh untuk berlaku baik dan berakhlak mulia. Nabi kita Muhammad juga adalah 'role model' terbaik untuk kita ikuti dan contohi. Selain itu, harus memilih teman yang baik akhlaknya. Sekiranya kita berteman dengan penjual minyak wangi, kita juga akan terkena tempias haruman minyak wanginya juga. 

Untuk melazimi akhlak mulia dalam diri adalah satu proses yang panjang dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Membaca buku seperti buku 'The Noble Character' ini yang merupakan nasihat dari seorang ulama' besar disertakan dengan dalil-dalil sahih adalah salah satu usaha untuk kita mengenal dan memahami akhlak mulia dengan lebih dekat. Tak kenal, maka tak cinta kan? Dan jangan lupa untuk memohon pertolongan dari Allah kerana tanpa pertolongan dan petunjuk dariNya, mana mungkin kita mampu untuk menerapkan nilai-nilai baik seperti yang diajarkan agama kita. Tiada daya melainkan kekuatan dariNya. Islam itu indah dan hiasilah diri kita dengan keindahan nilai-nilai Islam. 



Semoga Bermanfaat! 



Love, 
Intan Mohammadi, 
Nilai, Negeri Sembilan.