"I was sent to perfect noble character."
(Narrated by Al-Bayhaqi, authenticated by Syaikh Al-Albani)
Assalamualaikum
kawan-kawan. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan hati yang tenang
buat kalian semua untuk menjalani kehidupan hari ini dan hari-hari akan datang.
Yang terutama ianya sebagai sarana untuk beribadah yang bukan sahaja solat,
zakat, puasa dan umrah atau haji, bahkan seorang ayah keluar bekerja mencari
nafkah buat keluarga juga ibadah, mahasiswa mahasiswi yang hadir ke kuliah dan
kelas juga adalah bentuk ibadah hatta seorang suri rumah tangga yang sibuk
menguruskan rumah dan anak-anaknya juga bernilai ibadah disisi Allah. insyaAllah.
Masih
lagi dalam ‘mood’ tahun baru kan? Banyak perancangan yang ingin diatur dan
ingin dicapai. Untuk tahun baru ni, saya nak mulakan entry di blog ini dengan ‘book
review’ sebuah buku bertema ‘akhlak’. Tertarik untuk buat review buku tentang
akhlak sebab book review yang satu ini “Aktualisasi Akhlak Muslim” mendapat
sambutan yang sangat menggalakkan (diluar jangkaan) dimana ia adalah book
review yang mempunyai view yang tertinggi buat masa ini. Walaupun bila baca
balik ‘content’ tersebut penuh dengan kekurangan dan banyak yang harus
diperbaiki, ‘ala kulli hal, Alhamdulillah, semoga memberi manfaat buat
orang-orang yang inginkan kebaikan.
Nak
berbicara tentang ilmu, empunya diri bukanlah seorang yang berilmu tinggi, dan
nak memberi nasihat tentang akhlak mulia, diri ini jauh dari kesempurnaan
memiliki pekerti yang mulia yang sentiasa menyenangkan orang sekeliling.
Setidaknya, apa yang saya boleh kongsikan buat kawan-kawan adalah ‘A MUST READ
BOOK’, buku yang bermanfaat dan memberi kesan mendalam buat pembaca,
insyaAllah.
Ok,
jom kita mulakan!
Tajuk
Buku: The Noble Character (Makarim al-Al-Akhlaq)
Pengarang:
Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaymin
Bilangan
muka surat: 105 muka surat
Bahasa:
Dwibahasa (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)
Ringkasan
Buku:
Naskah
ini adalah hasil dari kuliah Syeikh al-Uthaimin yang dibukukan. Judul asal buku
ini adalah “Makarim al-Akhlaq”. Asal buku ini adalah dalam bahasa arab kemudian
diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris dan menariknya buku ini didatangkan
sekali dengan skrip asal di dalam bahasa arab, siap baris! Sangat ‘convenient’!
Harus diberi setinggi-tinggi penghargaan buat penerbit yang menerbitkan buku
dwibahasa ini lebih-lebih lagi arab-inggeris atau arab-melayu.
Perbincangan
buku ini dimulakan dengan definisi akhlak. Buku ini mendefinisikan akhlak
sebagai:
“…akhlaq is an inner picture of a person
in which he displays it in his or her nature.” –
The Noble Character, p. 14.
Di
dalam bab ini juga dibincangkan tentang asal-usul (origin of) akhlak. Adakah ia
datang secara alami, sejak azali menjadi keperibadian seseorang atau didapatkan
dengan cara berusaha keras untuk memiliki keperibadian yang baik tersebut? Buku
ini dengan ringkas dan jelas menerangkan bahawa akhlak mulia boleh didapatkan
melalui kedua-dua cara. Ada yang Allah anugerahkan buat hambaNya dengan sifat
semulajadi yang mulia, sentiasa tenang, tidak mudah marah dan pemaaf. Ada juga
orang yang memiliki akhlak yang baik dengan usaha dan melatih diri. Golongan
pertama sangat beruntung kerana tidak perlu bersusah payah melatih diri untuk
menjadi pemaaf, menahan amarah seperti golongan kedua.
“When good character has become
part of one’s personality, it will become natural for that person, and it does
not matter to him to get used to the behaviour, nor does it require him to get
used to do good things. However, this is the blessing from Allah given to
whomever He pleases, so whoever is not endowed with good nature, then he may
get that nature by practice and to get used to it by himself…” – The
Noble Character, p. 16.
Ditegaskan di dalam buku ini bahawa akhlak mulia itu merangkumi akhlak mulia kepada Pencipta
dan makhluk. Ramai yang masih salah faham dengan lebih menekankan akhlak mulia sesama
makhluk sahaja i.e. manusia lainnya, haiwan dan alam, lupa untuk berakhlak mulia
kepada Allah, Pencipta sekalian alam. Tiga pondasi adab atau akhlak mulia
kepada Allah adalah dengan membenarkan setiap berita dan perkhabaran dari
Allah, mengamalkan setiap perintah dan hukumNya dan menerima takdirNya dengan
sabar dan redha.
“A servant should not hesitate to
justify the news from Allah, because the information from Allah comes with
knowledge and the words of Allah is the best of words.”
– The Noble Character, p. 32.
“A believer will not reject the laws
and principles of Allah. When he rejects the law of Allah, he is having bad
character to Allah, whether by rejecting the law because of disobedience to
Him, for being arrogant in practicing the law or he underestimates the method
of practicing the law. All of these make a person to have bad character to
Allah.” – The Noble Character, p. 40.
“We all know that fate from Allah
arranged for each of His beings is not all pleasant. Do all Allah’s destined fate
appease us? That our souls want it, and feel pleased with it? Well the truth
is, no… Having good character to Allah relating with His destiny is by the way
you accept what Allah has determined for you, you feel calm towards what’s destined…by
accepting, calm and submissive.” – The Noble
Character, p.48-50.
Seterusnya,
akhlak mulia sesama makhluk pula dibincangkan di dalam buku ini. Antaranya, tidak
menganggu orang lain, melakukan kebaikan kepada orang lain seperti bersedekah,
meringankan beban orang yang sedang ditimpa musibah dan pemaaf serta berlapang
dada.
“Among the good example of good character
includes when you are mistreated or someone did bad to you then you forgive and
do good to him. Indeed, Allah commends those who forgive others.”
– The Noble Character, p.58.
Untuk
berbuat baik kepada orang-orang yang sudah berbuat baik dengan kita itu sangat
mudah. Namun, untuk memaafkan orang yang telah berlaku buruk kepada kita bukanlah perkara yang mudah apa lagi untuk berlaku baik kepadanya. Tetapi Allah berfirman:
“And when you forgive it is closer to
righteousness.” – Al-Baqarah; 237
“They should forgive and do good
deeds.” – An-Nur; 22
“So whoever forgives the guilty and
does good (to them) then the reward is from Allah.” –
As-Syura; 40
Benar, tidak
mudah untuk membalas kejahatan dengan kebaikan. Tetapi tidak mustahil kerana
itulah peribadi penghuni syurga yang Allah sebutkan di dalam surah Ali-Imran;
134:
“Those who donate their wealth in
times of ease and hardship and those who hold their anger and those who
forgives the wrongdoers and (remember) Allah loves those who do good deeds.”
Diterangkan
juga di dalam buku ini cara-cara untuk memiliki akhlak mulia dengan cara ‘usaha’.
Akhlak mulia boleh dibentuk dalam diri dengan pelbagai cara. Antaranya seperti
yang disebutkan di dalam buku ini adalah dengan memperhatikan dan memahami nas-nas
dari Al-Quran dan Hadits yang menganjurkan untuk berperibadi mulia. Terdapat banyak ayat-ayat dari Al-Quran menyuruh untuk berlaku baik dan berakhlak mulia. Nabi kita Muhammad juga adalah 'role model' terbaik untuk kita ikuti dan contohi. Selain itu, harus memilih
teman yang baik akhlaknya. Sekiranya kita berteman dengan penjual minyak wangi, kita juga akan terkena tempias haruman minyak wanginya juga.
Untuk melazimi akhlak mulia dalam diri adalah satu
proses yang panjang dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Membaca buku seperti buku 'The Noble Character' ini yang merupakan nasihat dari seorang ulama' besar disertakan dengan dalil-dalil sahih adalah salah satu usaha untuk kita mengenal dan memahami akhlak mulia dengan lebih dekat. Tak kenal, maka tak cinta kan? Dan jangan lupa untuk
memohon pertolongan dari Allah kerana tanpa pertolongan dan petunjuk dariNya,
mana mungkin kita mampu untuk menerapkan nilai-nilai baik seperti yang
diajarkan agama kita. Tiada daya melainkan kekuatan dariNya. Islam itu indah
dan hiasilah diri kita dengan keindahan nilai-nilai Islam.
Semoga
Bermanfaat!
Love,
Intan Mohammadi,
Nilai, Negeri Sembilan.