إن لم تجدوني في الجنة بينكم فاسألوا عني وقولوا :
يا ربنا عبدك فلان كان يذكرنا بك
يا ربنا عبدك فلان كان يذكرنا بك
Jika
kalian tidak menemukan aku di surga, maka tanyakanlah tentang aku kepada Allah.
Ucapkan: "Wahai Tuhan kami, hambaMu fulan, dulu dia pernah mengingatkan kami
untuk mengingat Engkau."
(Ibnul
Jauzi)
Berapa ramai
sahabat dan kenalan yang kita miliki? Teman di sekolah, teman sekuliah, teman
sepejabat, kenalan dan pengikut di laman sosial. Tapi terkadang masih merasa
sepi, hanya sedikit yang tetap setia dalam suka dan duka, seringnya berlaku
pergaduhan, perselisihan dan bermacam-macam lagi. Ini kehidupan dunia. Di
akhirat pula?
Allah berfirman
di dalam surah Az-Zukhruf ayat 67:
اَلۡاَخِلَّاۤءُ يَوۡمَـئِذٍۢ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ اِلَّا الۡمُتَّقِيۡن
“Teman-teman karib pada hari itu bermusuh-musuhan satu sama lain, kecuali
mereka yang bertakwa.”
Dan, di dalam surah Ad-Dukhan
ayat 41-42:
إِلَّا مَن رَّحِمَ اللَّهُ إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ . يَوْمَ لَا يُغْنِي مَوْلًى عَن مَّوْلًى شَيْئًا
وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
“(iaitu) pada hari (ketika) seorang teman
sama sekali tidak dapat memberi manfaat kepada teman lainnya, dan mereka tidak
akan mendapat pertolongan. Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Allah.
Sungguh Dia Maha Perkasa, Maha Penyayang.”
حتى إذا خلص المؤمنون من النار، فوالذي
نفسي بيده، ما منكم من أحد بأشد مناشدة لله في استقصاء الحق من المؤمنين لله يوم القيامة لإخوانهم الذين في النار، يقولون: ربنا كانوا
يصومون معنا ويصلون ويحجون، فيقال لهم: أخرجوا من عرفتم، فتحرم صورهم على النار، فيخرجون….
Setelah orang-orang mukmin itu dibebaskan
dari neraka, demi Allah, Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh kalian
begitu gigih dalam memohon kepada Allah untuk memperjuangkan hak untuk
saudara-saudaranya yang berada di dalam neraka pada hari kiamat. Mereka
memohon: Wahai Tuhan kami, mereka itu (yang tinggal di neraka) pernah berpuasa
bersama kami, shalat, dan juga haji.
Dijawab: ”Keluarkan (dari neraka)
orang-orang yang kalian kenal.” Hingga wajah mereka diharamkan untuk dibakar
oleh api neraka. Para mukminin inipun mengeluarkan banyak saudaranya yang telah
dibakar di neraka. (HR Muslim, No. 183).
Memahami hadis ini, Imam Hasan
al-Bashri memberi nasihat,
استكثروا من الأصدقاء المؤمنين فإن لهم
شفاعة يوم القيامة
“Perbanyaklah berteman dengan
orang-orang yang beriman. Karena mereka memiliki syafaat pada hari klamat.”
Perbanyakkan teman yang baik dan
soleh kerana pastinya, kita tidak ingin menjadi orang yang rugi di hari yang
tiada lagi guna penyesalan. Seperti firman Allah di dalam surah Al-Furqan ayat
27-29:
وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ
مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا (27) يَا وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا
(28) لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ
لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا (29)
Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang
zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata, “Aduhai kiranya (dulu) aku
mengambil jalan bersama-sama Rasul.” (25: 27) Kecelakaan besarlah bagiku;
kiranya aku (dulu) tidak menjadikan orang itu teman akrab(ku). (25: 28) Sesungguhnya
dia telah menyesatkanku dari mengingat Allah dan al-Quran, padahal al-Quran itu
telah datang kepadaku. Demikianlah setan menjerumuskan manusia ke jurang
kehancuran. (25: 29)
Seperti biasa, setiap perkara harus didasari
dengan ilmu selari dengan wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi kita, Iqra’. Justeru, buku yang sangat bagus untuk memberi
panduan yang benar dalam mencintai kerana Allah adalah sebuah buku yang ringkas
tetapi sarat dengan nilai ilmiah iaitu buku yang berjudul “INDAHNYA CINTA
KARENA ALLAH”. Buku ini adalah karya indah Ummu Ihsan dan Abu Ihsan al-Atsary.
Penerbit buku dari Pustaka Imam Adz-Dzahabi, Indonesia. Buku ini telah sampai
ke cetakan yang ketiga pada tahun 2017M dan mengandungi 172 halaman.
Apa yang menjadi point terpenting di dalam buku ini adalah bahasa yang digunakan oleh penulis yang sangat indah dan pembaca dapat menyelami kesantunan dan akhlak yang mulia dalam menjalin persaudaraan kerana Allah. Bahasa yang digunakan yang sangat dekat dengan hati pembaca yang secara fitrahnya, hati itu sangat mencintai kelembutan. Ini adalah kekuatan yang terdapat dalam buku ini atau mungkin ia adalah kekuatan gaya penulisan penulis itu sendiri. Kalau dilihat karya penulis (Ummu & Abu Ihsan) yang lain seperti buku “Aktualisasi Akhlak Muslim”, sememangnya dapat diketahui gaya bahasanya yang sangat berhemah dan sampai di hati pembaca.
Apa yang menjadi point terpenting di dalam buku ini adalah bahasa yang digunakan oleh penulis yang sangat indah dan pembaca dapat menyelami kesantunan dan akhlak yang mulia dalam menjalin persaudaraan kerana Allah. Bahasa yang digunakan yang sangat dekat dengan hati pembaca yang secara fitrahnya, hati itu sangat mencintai kelembutan. Ini adalah kekuatan yang terdapat dalam buku ini atau mungkin ia adalah kekuatan gaya penulisan penulis itu sendiri. Kalau dilihat karya penulis (Ummu & Abu Ihsan) yang lain seperti buku “Aktualisasi Akhlak Muslim”, sememangnya dapat diketahui gaya bahasanya yang sangat berhemah dan sampai di hati pembaca.
Buku ini walaupun kecil dan sederhana
menurut penulis, tetapi ia memberi pengajaran dan pengetahuan yang kuat untuk
kita isi di saat menjalin ukhuwwah lillah. Bermula dari niat yang baik kerana
setiap perbuatan manusia itu dinilai melalui niatnya. Kemudian, dibahaskan
kriteria memilih teman dan peringatan untuk menjauhi teman yang buruk. Perhatikanlah
pesan kekasih kita:
“Seseorang
berada di atas agama sahabat karibnya, maka hendaklah salah seorang dari kalian
memperhatikan siapakah yang menjadi sahabat karibnya.” (Hadith Sahih Riwayat Abu Dawud &
Tirmizi)
Seterusnya, dibahaskan di dalam buku indah
ini untuk mencintai kerana Allah, keutamaan-keutamaanya, kunci utama dalam
meraihnya, akhlak mulia di dalam pergaulan. Yang menjadi bahagian terpenting di
dalam buku ini adalah sebab-sebab yang dapat merosak hubungan persaudaraan
kerana Allah. Antaranya adalah kerana dosa dan maksiat, kezaliman, su’u zhon,
pihak ketiga dan adu domba, tajassus dan tahssus, ghibah dan lain-lain. Ketahuilah, cinta kerana Allah
akan menjadikan hubungan lebih kuat dan erat kerana cinta dan bencinya hanya
kerana Allah. Merekalah orang yang mulia.
Engkau
dapati orang yang mulia bila engkau
putus
hubunganmu dengannya,
Ia
merahsiakan keburukanmu
dan
menunjukkan kebaikanmu,
Engkau
lihat orang hina apabila
berakhir
hubunganmu dengannya,
Ia
menyembunyikan kebaikanmu
dan
membongkar aibmu.
InsyaAllah pembaca akan mendapat beribu
manfaat dari nasihat yang terkandung di dalam buku ini. Secara kesimpulan, buku
ni sangat menarik dan bermanfaat untuk kita koreksi semula adakah cinta kita
sudah benar kerana Allah? Mungkin kita ada terkhilaf sepanjang perhubungan yang
kita jalinkan yang menyebabkan retaknya hubungan tersebut. Ambil sedikit masa
untuk tambah ilmu tentangnya dan seterusnya memperbaiki apa yang yang harus
diperbaiki. Cinta hakiki kerana Allah itu benar-benar wujud dan hanya boleh didapatkan dengan cara yang benar dan dengan orang yang benar. Carilah ia! Semoga kita berhasil dan beroleh bahagia dan kemanisan iman seperti
yang dijanjikan Allah dalam setiap hubungan yang terjalin. InsyaAllah.
*Nota kecil; buku ini amat bermakna kerana ia
adalah hadiah dari sahabat yang dicintai kerana Allah, Ummu ‘Afif Norliyana.
Baarakallahu fiki wa jazakillahu khairan.
Seperti biasa, boleh dapatkan buku ini di Pustaka
Bushra https://www.facebook.com/pustakabushra
Selamat Mengambil Manfaat!
Love,
Intan Mohammadi
Pandan Indah.
No comments:
Post a Comment