Apa hebatnya kisah cinta Qays dan Layla?
Hanya kerana Qays menjadi gila disebabkan cinta?
Dan Layla mati dalam kerinduan yang tidak terungkap?
Aku mengharapkan lebih dari itu!
Sahabatku,
Yang berlalu biarkan berlalu,
Yang berlalu biarkan berlalu,
Aku tahu ada sedih di hatimu,
Ada kegundahan di jiwamu,
Ada kebingungan di fikiranmu,
Kerana apa yang berlaku tidak pernah
terlintas di akalmu.
Namun, ketahuilah sahabatku,
Segala takdir Rabb-mu adalah yg
terbaik buatmu.
Andai saat ini kau perlu menangis,
Kukatakan menangislah sekehendakmu.
Tapi biarlah air mata yg mengalir
itu kerana Tuhanmu.
Kerana mengingat keagungan Tuhanmu
dlm mengurus makhluk-Nya.
Bukan kerana manusia yang lemah lagi
hina.
Ketahuilah sahabatku,
Walau aku tiada di hadapanmu utk
mendengar keluh kesahmu,
Namun, aku di sini sentiasa mengenangmu
dalam doaku. InsyaAllah.
Dan aku tahu ada Rabb yang sentiasa
menjagamu,
Kerana satu hari nanti aku juga akan pergi meninggalkan dunia ini.
Moga keadaanmu baik-baik sahaja,
InsyaAllah syurga tempat kita bertemu yg tiada lagi perpisahan setelah itu.
Akhir kata, senyumlah sahabatku
kerana hidup ini tidak lama.
Jangan kau persingkatkan dengan
duka lara,
Tapi panjangkanlah dan hiasilah ia dengan keimanan dan amal solehmu.
InsyaAllah semuanya akan baik-baik
sahaja.
Moga husnul khotimah buat kita serta semua orang mukmin.
Love,
Ummu Afif Norliyana, Melaka.
Intan Mohammadi, Pandan Indah.
No comments:
Post a Comment